Pemeriksaan Virus Parti Komunis China (COVID-19) secara rawak yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Pahang menemui tiga kluster baharu di negeri itu pada 31 Mei.

Dalam sidang media harian COVID-19 pada 31 Mei, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu melibatkan tujuh individu dari sebuah ladang di Bera, enam individu di sebuah kilang papan di Maran, dan dua lagi di sebuah syarikat pembinaan di Maran.

Kesemua 15 kes yang dikesan dalam pengawasan rawak adalah pekerja asing.

@KKMPutrajaya/Twitter

“Mereka yang diuji positif diasingkan dan kini menerima rawatan, sementara kontak rapat yang diuji negatif dikuarantin selama 14 hari,” kata Dr Noor Hisham.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menyiasat sumber jangkitan.

Malaysia melaporkan sejumlah 20 kes positif Virus PKC (COVID-19) baharu pada 2 Jun, menjadikan jumlah kes terkumpul di negara ini menjadi 7,877 setakat ini.

Daripada 20 kes, 15 kes import daripada bukan warganegara, sementara hanya 5 kes tempatan.

Jumlah kes Virus PKC (COVID-19) aktif berjumlah 1,292, atau 16% daripada keseluruhan kes. Tiada kematian dilaporkan sejak 22 Mei.

@KKMPutrajaya/Twitter

Dr Noor Hisham juga menyatakan bahawa tiada peningkatan kes selepas perayaan Aidilfitri, dan beliau mengatakan bahawa ini mungkin bermakna bahawa rakyat Malaysia telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kami menjangkakan tiada lonjakan kes baru pada minggu hadapan juga. Jadi kemungkinan akan melonggarkan sekatan dalam sektor tertentu yang melibatkan rakyat Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa fokus utama kini adalah memastikan pekerja asing mematuhi PKPB.

@KKMPutrajaya/Twitter

Pada 22 Mei, sebelum perayaan Aidilfitri, Dr Noor Hisham menyatakan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin melihat lonjakan kes Virus PKC (COVID-19) selepas perayaan itu kerana data yang dikumpulkan dari negara lain menunjukkan bahawa banyak negara mengalami lonjakan kes jangkitan baharu selepas dua minggu cuti musim perayaan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular