Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan telah membekukan permohanan baharu lesen minuman keras secara serta-merta.

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.

DBKL/Facebook

Keputusan itu dibuat susulan pertimbangan dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang mahu membekukan semua aktiviti melibatkan pengeluaran dan penjualan arak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata bahawa tindakan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan serta semakan perundangan dilakukan.

@AnnuarMusa/Twitter

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan”.

Terdahulu pada 1 Jun, seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu individu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara pada jam 1.30 pagi.

Mangsa yang berusia 44 tahun pada ketika itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, Ampang selepas selesai menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.

Astro Radio Nws/Facebook

Walau bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal model Honda EX5 dirempuh kenderaan jenis Nissan Grand Livina dipandu pemandu mabuk yang berusia 21 tahun.

Suspek difahamkan berada di bawah pengaruh alkohol iaitu sebanyak 161 miligram/100 mililiter yang melebihi tahap kandungan alkohol dibenarkan iaitu sebanyak 80/100 mililiter.

Ekoran rempuhan tersebut, mangsa tercampak ke bahagian kiri bahu jalan manakala motosikal miliknya diseret lebih kurang sejauh dua kilometer daripada lokasi kejadian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular