KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan urusan pergerakan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tujuan akad nikah.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, individu yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri bagi tujuan yang telah dinyatakan perlu mengemukakan permohonan di balai polis bagi meminta kebenaran perjalanan.

Ketika sesi sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini, Ismail menjelaskan, “Banyak yang mahu bernikah antaranya terpaksa merentas negeri. Ramai yang memohon dari pihak polis. Mesyuarat bersetuju membenarkan rentas negeri untuk urusan itu”.

Astro Radio News/Facebook

Tambah beliau lagi, “Dengan syarat, kelulusan rentas negeri dari polis. SOP (prosedur operasi standard) masih sama iaitu tidak boleh melebihi 20 orang (hadir dalam majlis akad nikah), tanpa bersalaman dan jaga jarak sosial”.

Selain itu, kerajaan turut membenarkan sesebuah majlis perkahwinan untuk menggunakan khidmat jurufoto ketika majlis diadakan. Malah, pasangan pengantin juga dibenarkan untuk mengadakan sesi penggambaran di kawasan terbuka selagi ianya mematuhi undang-undang.

“Kita bersetuju untuk membenarkan jurufoto ambil gambar pengantin di tempat terbuka di tepi tasik dan sebagainya. Kita benarkan tapi SOP tetap sama seperti jaga jarak dan pakai sanitizer”.

Selain kebenaran merentas negeri bagi tujuan berkahwin, kerajaan turut membenarkan beberapa aktiviti lain seperti penggambaran filem, drama dan iklan bermula 10 Jun ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular