Tidak keluar rumah berjumpa dengan rakan ketika tempoh perintah untuk kekal berada di rumah ini, nampaknya tiada masalah! Itulah yang dialami oleh seorang anak gadis ini apabila lebih senang melakukan aktiviti bersama kucing-kucingnya di rumah.

Mana tidaknya, kedua-dua ekor kucing miliknya itu juga sangat memberikan kerjasama yang mantap. Tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan gelagat budak perempuan yang mengajar kucingnya melukis bunga.

 

Ianya dimuat naik oleh akaun seorang pengguna, Douglas Roberto di laman Facebook dan setakat ini telah menerima lebih 120,000 reaksi daripada pengguna yang lain, memandangkan telatah mereka ini sangat menggelikan hati.

“Baik, prof. Clarinha. Saya faham segalanya tapi saya tak rasa Douglas… Diam Jurandir!! Dia tipu, prof! Saya pun faham!”, tulis pengguna itu di laman Facebook, seolah-olah kedua-dua kucing itu berdialog.

Douglas Roberto/Facebook

Apa yang mengagumkan adalah reaksi kedua-dua kucing tersebut yang duduk diam sahaja di atas kerusi. Ini memandangkan sikap kebanyakan kucing yang jarang mahu ‘melayan’ karenah pemilik mereka untuk satu tempoh yang lama.

Douglas Roberto/Facebook

Wajah mereka langsung tidak menoleh ke tempat lain. Kita juga dapat lihat pergerakan telinga kucing-kucing berkenaan yang hanya tertumpu kepada ‘profesor Clarinha’ mereka. Sungguh lucu!

Gelagat mereka ternyata menarik perhatian warga Facebook yang banyak meninggalkan komen. Sudah pasti mereka berasa terhibur dengan aksi guru kecil dan muridnya itu

Douglas Roberto/Facebook

Douglas Roberto/Facebook

Mungkin juga guru perlu comel, barulah murid berikan perhatian…

Douglas Roberto/Facebook

Douglas Roberto/Facebook

Seronok juga jika bermain cikgu-cikgu dengan kucing, bukan? Apa kata anda juga cuba melakukannya di rumah. Mana tahu kucing anda juga suka menjadi ‘murid’ anda. Belum cuba belum tahu!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular