- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Ciptaan beg plastik daripada sisik ikan, 100 peratus penguraian semula jadi dalam masa 4 minggu tanpa sisa sampah

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran terhadap alam sekitar global semakin meningkat. Banyak negara telah mulai memperhatikan masalah pencemaran laut dan sisa pepejal, lalu mendorong pelancaran pelbagai inovasi kepada penyelesaian yang dapat mengurangkan penggunaan plastik, dengan ramai yang berusaha memperlambatkan pengeluaran sampah. 

Walau bagaimanapun, kebiasaan masih tidak berubah dan masalah pembuangan sampah daripada plastik tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya.

Peekme [1]

Tahun lalu, seorang pelajar dari Britain berjaya membangunkan inovasi bahan plastik mesra alam yang dihasilkan dengan menggunakan sisik ikan, yang mana merupakan antara penyelesaian terbaik dalam mengurangkan pembuangan sisa plastik.

Ekoran jumlah sampah plastik telah melebihi kawalan, plastik tidak dapat diurai secara semula jadi dalam jangka waktu yang singkat. Sekiranya tidak ditangani dengan betul, sampah ini akan terus wujud di lautan selama beratus-ratus tahun!

Dan setiap tahun dunia juga akan menghasilkan 50 juta tan sisik ikan berskala besar yang diproses oleh manusia ketika menyiang ikan, kerana sisik ikan tidak dapat dihindari untuk dibuang, mengapa tidak mencuba sisik ikan untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh memberi manfaat?

Peekme [1]

Lucy Hughes, pelajar dari Jabatan Reka Bentuk Produk di Universiti Sussex, United Kingdom mendapati bahawa sebanyak 50 juta tan sisik ikan dibuang setiap tahun dan ini adalah idea baik bagi menghasilkan produk penggunaan semula.

Setelah menjalankan pelbagai eksperimen, Lucy akhirnya berjaya membangunkann bioplastik yang dikenali sebagai ‘MarinaTex’.

Peekme [1]

Bahan mentah utama plastik ini adalah kulit ikan, sisik ikan dan alga merah yang dihasilkan di kawasan nelayan dan kilang produk perikanan. Penghasilan bioplastik ini adalah serupa dengan beg plastik biasa, tetapi bioplastik jenis ini hanya memerlukan 4 hingga 6 minggu untuk diuraikan. Ia boleh urai secara semula jadi dengan sepenuhnya, malahan boleh dijadikan baja kompos.

Lucy juga mengatakan bahawa beg plastik ini dapat menggantikan beg plastik sedia ada dan pembungkus makanan yang mengurangkan penggunaan plastik tradisional.

Seekor ikan kod Atlantik dengan sisiknya boleh menghasilkan kira-kira 1,400 beg plastik!

Peekme [1]

Ciptaan inovatif Lucy Hughes memenangi tempat pertama dalam Anugerah James Dyson 2019 di United Kingdom yang merangkul hadiah bernilai £30,000 (RM161,000).

Walaupun beg plastik ini masih dalam tahap penyelidikan dan pembangunan, para pakar mengatakan bahawa jika segala proses berjalan dengan lancar, beg plastik yang mesra alam ini akan secara rasmi bersedia untuk pengeluaran dan mula berada di pasaran pada suku kedua tahun 2020, memberikan sumbangan besar kepada projek pelindungan alam sekitar sejagat.

Tonton video di bawah:

Dezeen/YouTube [2]

loading...