Negara seperti Malaysia dan Singapura memahami bagaimana rakyatnya yang pelbagai kaum dapat hidup bersama dengan harmoni dan semasa mengadakan rumah terbuka dalam apa juga perayaan masing-masing, kita pasti dapat melihat pelbagai etnik ini bergaul dan meraikannya bersama-sama.

Oleh kerana penularan pandemik COVID-19 masih berleluasa, perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini telah terjejas dengan kali ini hanya dihadkan kepada satu keluarga sahaja meraikannya seperti di Singapura.

Dalam satu rakaman video tular yang dimuat naik oleh cef selebriti Singapura, Chef Bob, ia telah membuktikan bahawa walaupun perayaan tahun ini hanya berskala kecil, tetapi tetap mampu menyentuh hati dan merapatkan hubungan ketika semua orang mengamalkan penjarakan sosial.

Chef Bob/Facebook

Video tersebut yang telah ditonton lebih 11,000 pengguna Facebook dengan hampir 8,000 perkongsian mungkin merupakan momen paling comel yang pernah kita lihat sejak sekian lama.

Semuanya bermula apabila jiran sebelah rumah Cef Bob, seorang mak cik berbangsa Cina yang menyerahkan bungkusan berisi beberapa kotak coklat sebagai hadiah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Chef Bob/Facebook

Cef Bob mengucapkan terima kasih dan juga meminta maaf kerana dia tidak dapat membenarkan mak cik ini masuk ke rumahnya untuk minum.

“Terima kasih ah, Selamat Hari Raya. Maaflah, saya tidak boleh jemput mak cik masuk ke rumah untuk minum sedikit air,” kata Cef Bob.

Mak cik itu baik-baik saja dan dia membalas, “Tidak mengapa. Kita pun tidak boleh bersalam sekarang…”

Chef Bob/Facebook

Ketika mak cik itu melangkah masuk ke dalam rumahnya, Cef Bob menyatakan rasa sayang kepadanya dan dia membalas sambil melambaikan tangan.

“Mak cik, wo ai ni! Saya sayang mak cik. Terima kasih!” teriak Cef Bob.

Chef Bob/Facebook

Dalam kapsyen videonya, Cef Bob menjelaskan bahawa sejak dia berpindah ke pangsapurinya itu, mak cik ini selalu sangat menghormati dan dia tidak pernah gagal memberikan hadiah pada setiap kali Hari Raya.

Chef Bob/Facebook

Selain itu, setiap kali mahu berdoa, dia akan meminta izin daripada Bob untuk mendirikan altar di depan rumahnya bagi mengadakan upacara membuang perkara buruk menurut kepercayaan agamanya (kerana rumah mereka betul-betul bertentangan antara satu sama lain).

Bersyukur kerana mempunyai jiran yang prihatin dan baik hati, Bob berkata, “Dia tidak pernah mementingkan diri serta selalu bertimbang rasa untuk menjaga saya dan keluarga termasuk menghormati kepercayaan agama kami.”

“MasyaAllah saya benar-benar diberkati mempunyai jiran yang baik hati. Dia telah mengajar saya makna kerendahan hati bukan dengan kata-kata tetapi dengan tindakannya,” tulisnya.

Chef Bob/Facebook

Ini pasti kisah yang sangat menyentuh hati! Diharap kisah ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk melayani jiran mereka dengan lebih baik seperti yang dikatakan oleh Cef Bob dalam posting Instagramnya.

“Kita harus menjadi warga yang terus membesar dengan sikap menunjukkan kebaikan dan belas kasihan,” tulis Cef Bob.

Tonton video di bawah:

Chef Bob/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular