Amerika Syarikat menyaksikan lebih banyak protes besar-besaran dengan keganasan sebagai tanda tindak balas terhadap kematian pemuda kulit hitam George Floyd di Minneapolis. 

Tunjuk perasaan yang menyaksikan rampasan dan kerosakan harta awam, tembakan juga kenderaan yang merempuh orang awam menjadi antara pemandangan protes ke atas keganasan pihak berkuasa terhadap orang awam di seluruh negara.

Namun, protes aman yang dianjurkan di Coral Gables, Miami, Florida bersama penyertaan Persatuan Ketua Polis Miami-Dade menyaksikan pemandangan yang berbeza.

@beingsolonely/Twitter

Orang awam masih menunjukkan tanda protes ke atas kematian pemuda kulit hitam, George Floyd yang bertulis ‘Black Lives Matter’ dan ‘Stop Police Brutality’ semasa protes aman yang diadakan.

Polis Miami dari pelbagai jabatan menghadiri protes aman tersebut dan berlutut sebagai tanda solidariti serta berdoa buat George Floyd bersama penunjuk perasaan.

@beingsolonely/Twitter

Ketua-ketua polis Miami-Dade County dan penganjur komited untuk meneruskan perbincangan minggu ini melalui panggilan Zoom untuk mendengar permasalahan masyarakat, menurut seorang jurucakap Miami-Dade County Corrections.

Datuk Bandar Miami, Carlos Jimenez memerintahkan perintah berkurung di seluruh Miami bermula jam 10 malam hingga 6 pagi sehingga pemberitahuan lebih lanjut setelah perusuh merosakkan beberapa perniagaan di Bayside Marketplace, Downtown Miami.

@beingsolonely/Twitter

57 orang awam ditahan di Miami-Dade County pada Sabtu 30 Mei, yang kebanyakannya didakwa melanggar perintah berkurung atau peraturan daerah.

Sebilangan kecil mereka yang ditahan berasal dari luar Florida, termasuk dari Minnesota, Michigan dan New York, menurut Miami-Dade County Corrections.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular