Syukurilah nikmat yang kita perolehi hari ini kerana bukan semua insan menikmatinya, lebih-lebih lagi ketika pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-19) melanda. Pekerjaan yang selama ini menjadi punca rezeki pun boleh hilang sekelip mata.

Seperti seorang lelaki warga emas ini, dia yang sebelumnya bekerja sebagai pencuci pinggan difahamkan telah kehilangan pekerjaannya ekoran Virus PKC (COVID-19). Kisah lelaki ini sebenarnya dikongsikan oleh laman Hopes In Meals di Facebook.

Menurut laman organisasi yang menjalankan kerja-kerja kebajikan berkenaan, lelaki tersebut dilihat tampak sugul untuk beberapa hari di sebuah hentian bas sebelum salah seorang jirannya memberitahu pihak Hopes In Meals akan keadaannya.

Untuk terus mendapatkan wang buat menyara diri dan keluarga, lelaki berkenaan difahamkan akan mengutip tin dan kotak-kotak yang terpakai namun dia tidak dapat meneruskan aktiviti itu ekoran Circuit Breaker di Singapura.

Apabila ditanya sebab dia tidak mampu membeli bekalan makanan sedangkan kerajaan telah mengagihkan pemberian wang tunai, lelaki itu menjawab bahawa dia perlu menyara ibunya yang berusia 93 tahun dan juga adiknya yang sakit.

Wang bantuan yang diterima, kesemuanya telah diserahkan kepada adiknya untuk keperluan ibu mereka. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk berjimat dan sering kali tidak makan agar wang tersebut dapat disimpan buat ibunya.

Untuk mengatasi rasa lapar, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia hanya akan minum lebih banyak air bagi menahan rasa lapar ataupun akan lebihkan berehat supaya dia tidak berasa lemah atau pening.

Mungkin kita rasa bahawa kos untuk mendapatkan makanan agak tidak seberapa dan kebanyakan daripada kita mampu mendapatkannya namun untuk keluarga yang terdiri daripada warga tua ini, agak sukar untuk mereka mendapatkan sekali makanan dalam sehari.

Rasa bertangunggjawab untuk membantu, laman berkenaan kemudian memutuskan untuk melancarkan kutipan dana bagi membantu golongan seperti lelaki ini – yang ketiadaan wang untuk mendapatkan makanan.

Rata-rata pengguna di Facebook juga berasa simpati akan nasibnya dan turut sama mahu membantu

Hopes In Meals/Facebook

Hopes In Meals/Facebook

Sehingga ada juga yang mahu menawarkan kerja buatnya…

Hopes In Meals/Facebook

Menurut laman itu lagi, setiap daripada dana yang mereka terima akan diserahkan 100% kepada mereka yang memerlukan dan oleh kerana organisasi itu kekurangan sumber, inilah satu-satunya cara untuk mengumpul dana dan membantu mereka.

Mujurlah baru-baru ini bekas majikannya juga turut ada menyerahkan sejumlah wang bantuan sebanyak $200-$300 kepadanya untuk mengurangkan beban. Pihak Hopes In Meals juga akan terus menghantar makanan kepadanya setiap hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL INSPIRASI

Video Popular