HUBEI- Seorang aktivis yang juga merupakan seorang ‘blogger’ selebriti China, Liu Yanli, 45, dijatuhkan hukuman penjara bermula pada 24 April lalu.

Hukuman tersebut akan berjalan selama empat tahun seperti yang dijatuhkan oleh Mahkamah Daerah Dongbao di bandar Jingmen di daerah Hubei. Liu ditahan dan dijatuhkan hukuman atas tuduhan “memilih pertelingkahan dan menimbulkan masalah”.

Dalam keputusannya, pengadilan menganggap 28 artikel yang disiarkan oleh blogger tersebut yang mengkritik Presiden China Xi Jinping, mantan perdana menteri Zhou Enlai dan bekas pengerusi Republik Rakyat China, Mao Zedong.

Artikel-artikel yang ditulis juga dikatakan mengandungi unsur-unsur seperti; “menghina dan menyerang Parti Komunis China dan para pemimpinnya”, “menyebarkan maklumat palsu” , “Spekulasi jahat mengenai topik hangat semasa” dan “menimbulkan gangguan yang menggugat ketenteraman awam”.

Satu catatan blog baru-baru ini menyatakan kekecewaannya dengan pihak polis yang menangani permohonannya untuk melakukan perjalanan ke Hong Kong bagi menghadiri sebuah pertemuan. Sejak tahun 2009, pihak berkuasa China dikatakan sering mengganggu kerja-kerja yang dilakukan oleh. Liu juga penah dipanggil  untuk disoal siasat dan komputernya juga pernah disita.

Ekoran tangkapan itu, organisasi Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) meminta Beijing untuk membebaskan Liu.

“Kebebasan media adalah hak yang termaktub dalam fasal 35 perlembagaan China dan Liu Yanli seharusnya tidak boleh dihukum karena memberi komen mengenai masalah politik,” kata Cédric Alviani, ketua biro Asia Timur RSF, yang meminta Beijing untuk “segera membebaskan ‘blogger’, penulis serta semua wartawan dan pengulas yang ditahan di China ”.

Liu merupakan seorang kerani bank yang menjadi penulis dan penulis blog selebriti, telah menerima dua anugerah berkaitan dengan kebebasan bersuara: Lin Zhao Memorial Award pada tahun 2018 dan Anugerah Peringatan Kemanusiaan Yu Zhijian Memorial Award pada tahun 2019.

China kini berada di kedudukan ke-177 daripada 180 buah negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia RSF 2020.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular