Bayi dan kanak-kanak lazimnya cenderung untuk memasukkan sesuatu yang pelik ke dalam mulut mereka. Misalnya, duit syiling yang berkilat, bateri bersaiz kecil atau mainan yang bewarna-warni. Tindakan itu ternyata membawa padah.

Seorang bayi lelaki berusia setahun lebih di Daerah Yangxin, Shandong, China baru-baru ini dilaporkan memasukkan sebanyak 7 buah bateri AAA ke dalam mulutnya ketika bermain berkeseorangan di dalam sebuah bilik.

Bateri-bateri tersebut kemudian meletup. Bunyi letupan itu kemudian membuatkan ahli keluarganya yang lain bergegas ke bilik berkenaan untuk melihatnya. Ketika memeriksa keadaan, keluarga tersebut mulut bayi tersebut mengeluarkan asap putih.

Selain itu, terdapat banyak serbuk yang bewarna kehitaman pada mulutnya bercampur dengan darah. Ianya satu keadaan yang buruk.

Gambar hiasan/PXhere

Menurut sumber, keluarga itu mendengar bunyi letupan yang diikuti dengan suara tangisan anak mereka.

Keluarga bayi itu juga perasan bahawa kelongsong bateri yang ke-7 didapati kosong di atas lantai bersebelahan dengan anak mereka manakala plat logam elektrod negatif bateri berkenaan tiada bersama.

Bayi yang cedera tersebut kemudian dibawa ke Hospital Perubatan Binhai dan segera menjalani pembedahan kecemasan. Usai sahaja dibedah, bayi itu ditempatkan di wad PICU, Jabatan Rawatan Rapi Kanak-Kanak untuk menerima rawatan selanjutnya.

Menurut pemeriksaan lanjut, doktor mendapati bahawa saluran pencernaan bayi itu mengalami kerosakan yang agak serius.

Keadaan itu membuatkan pakar pembedahan gabungan oral, otolaryntology, pembedahan kepala, leher dan cedera kebakaran melakukan konsultasi.

Bayi itu kini difahamkan telah berjaya menyelesaikan rawatan ‘esophageal dilatation’ kedua dan dibenarkan discaj daripada hospital. Semoga bayi ini segera sembuh seperti sediakala hendaknya. Kasihan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular