SYDNEY- Sebuah kapal kargo yang membawa topeng muka, perkakas rumah, bahan binaan dan bekalan perubatan. yang lain dikatakan telah mengalami gegaran di periaran Sydney. Kapal tersebut dikatakan bertolak dari Ningbo, Zhejiang dan dalam perjalanan ke Melbourne, Australia pada hari Ahad, 24 Mei lalu.

Gambar | AMSA

Kapal tersebut dilaporkan berhadapan dengan ombak besar semasa berada di laut kira-kira 73 kilometer di sebelah tenggara Sydney. Kejadian itu telah menyebabkan 40 kontena jatuh ke laut dan kira-kira 74 buah kontena lain telah mengalami kerosakan.

Kemalangan itu mengakibatkan terlalu banyak topeng muka memenuhi beberapa buah pantai di Sydney, Australia sehingga akhirnya terdampar di pinggur pantai. Rakyat tempatan telah bekerjasama membersihkan kawasan sekitar kerana bimbang bahawa topeng muka tersebut akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan membahayakan hidupan marin.

Menurut laporan media asing, kapal induk yang menggunakan bendera Singapura itu dikenali sebagai “APL England”. Kapal kargo itu berhadapan dengan gelombang besar pada pukul 6:10 pagi telah mengakibatkan gangguan sementara apabila enjin kapal kehilangan kuasa. Dalam tempoh ini, ombak yang kuat telah menyebabkan kontena yang disusun tinggi telah jatuh ke dalam laut.

Selepas kejadian itu, kapal kargo itu mengubah haluan dan terus menunju ke pelabuhan Brisbane. Setelah berlabuh, kapal itu terus diperiksa oleh Pentadbiran Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Menurut AMSA lagi, beberapa  buah kontena dan serpihan kontena telah dijumpai di laut namun oleh kerana cuaca buruk telah menyebabkan jarak penglihatan terjejas dan kerja-kerja penyelamatan mengalami gangguan.

Australian National Shipping Company (ANL), yang bertanggungjawab dengan  operasi kapal kargo tersebut mengatakan bahawa kontena yang jatuh ke dalam laut tidak mengandungi barangan berbahaya dan 21 buah daripadanya adalah kontena kosong.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular