Pernahkan terlintas di fikiran anda tentang cara yang betul untuk memotong nasi impit? Atau anda hanya memotongnya mengikut naluri anda ataupun anda hanya mengikut sahaja cara yang diajarkan oleh ibu anda?

Seorang pengguna Facebook, Anwar Farid yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi difahamkan telah menggunakan pelbagai kaedah kiraan dan formula untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalannya – nasi impit perlu dipotong serong atau tegak?

Objektifnya adalah untuk mengira luas permukaan, jumlah, dan ketumpatan potongan nasi dengan dua cara yang berbeza untuk memahami apa faedah untuk setiap kaedah. Rajin betul Anwar ini, bukan?

Anwar Farid/Facebook

Sebelum memulakan perkiraan, Anwar mengatakan bahawa memotong nasi impit secara menyerong memudahkan pembungkus plastik untuk ditanggalkan. Manakala nasi impit yang dipotong tegak mengambil sedikit masa untuk dikeluarkan.

Ketika mula membuat kiraan permukaan, dia mendapati bahawa memotong nasi secara menyerong menjadi empat bahagian akan memberikan permukaan yang lebih luas untuk setiap satunya.

Anwar Farid/Facebook

Bagi Anwar, memahami kaedah pemotongan mana yang membolehkan setiap bahagian nasi impit mendapat lebih banyak kuah kacang akan menjadikan setiap gigitan itu menjadi lebih enak. Hasilnya, markah untuk pemotongan serong melebihi potongan secara menegak.

Untuk memudahkan perhitungan, anggap sahaja nasi impit adalah kuboid dengan dimensi yang ditentukan panjang 50mm, lebar 50mm, dan tinggi 50mm. Ini memberikan isipadu ketupat sebagai (sic) 0,05m x 0,05m x 0,03m = 0,000075m³.

Anwar Farid/Facebook

Anwar kemudiannya memberikan nombor hipotesis lain pada ketumpatan nasi impit – 780kg / m³ atau 0.0585kg / m³ untuk kira-kira 60g hidangan.

Anwar Farid/Facebook

Setelah mengira lebih daripada dua lembaran jalan kira, Anwar menyedari bahawa nasi impit memberikan jumlah dan kepadatan yang sama tanpa mengira cara ianya dipotong.

Anwar Farid/Facebook

Keempat-empat set pengiraan masing-masing mencapai hasil yang sama, di mana apa-apa cara pemotongan sekalipun akan memberikan gigitan yang sama sahaja. Dalam penemuan dan hasil kiraannya, Anwar dapat menyimpulkan bahawa :

#1 Kedua-dua kaedah memotong secara teorinya menghasilkan jumlah nasi impit yang sama

#2 Pemotongan secara menyerong terbukti memudahkan bungkusan plastik dikeluarkan daripada nasi impit berbanding dengan pemotongan secara menegak.

Namun, menerusi pengiraan pertama yang dibuat Anwar, pemotongan nasi impit secara serong memberikan luas permukaan yang lebih besar sehingga ianya membolehkan nasi impit dilumuri dan dipenuhi dengan kuah kacang.

Pengiraan yang dibuat oleh Anwar ternyata mencuri perhatian netizen memandangkan pada nasi impit merupakan antara juadah wajib ketika munculnya Syawal. Sehingga kini, ia telah dikongsikan lebih 6,000 kali.

Tidak kiralah apa pun cara potongan yang anda lakukan, asalkan dapat makan nasi impit bersama rendang dan kuah kacang dengan gembiranya…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular