Insiden seorang lelaki berkulit gelap, George Floyd yang telah ditindih di bahagian leher dengan menggunakan lutut oleh seorang pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin pada minggu ini telah menjadi satu topik perbalahan ramai terutamanya di Amerika Syarikat.

Kedua-duanya dilaporkan telah bekerja di tempat yang sama iaitu kelab El Nuevo Rodeo yang terletak di ibu kota Minnesota dalam tempoh jangka masa yang panjang, kata bekas pemilik kelab berkenaan, Maya Santamaria.

Santamaria memiliki kelab itu selama hampir 20 tahun sebelum menjualnya pada beberapa bulan yang lalu.

Stephen Maturen/Getty Images

“Chauvin adalah polis kami yang bertugas selama hampir 17 tahun kelab kami beroperasi,” kata Santamaria kepada KTSP. “Mereka bekerja bersama pada waktu yang sama, bezanya cuma Chauvin bertugas di luar (kelab) dan pengawal keselamatan ada di dalam.”

Santamaria juga tidak dapat mengesahkan bahawa kemungkinan bahawa kedua-dua lelaki itu saling mengenali antara satu sama lain.

“Sekiranya mereka pernah bertemupun, itu mungkin bukan sesuatu yang mereka ingat,” katanya kepada Minneapolis Star Tribune.

Bagaimanapun tambah Santamaria lagi, kemungkinan pertemuan kedua-dua lelaki ini hanyalah pada akhir waktu bertugas ketika Chauvin masuk ke dalam kelab untuk mendapatkan bayaran, dan yang lainnya menunggu untuk dibayar. 

“Tentunya bukan sesuatu yang membuat mereka saling mengenali,” kata Santamaria lagi.

Santamaria turut bercerita tentang Chauvin, yang berkemungkinan menghadapi pertuduhan dalam insiden kematian Floyd, memiliki sifat pemarah, dan biasanya akan mengeluarkan dan menyembur pemedih mata kepada pelanggan yang bermasalah walaupun pemiliknya menganggap tindakan itu adalah tidak perlu.

Stephen Maturen/Getty Images

Ahli Majlis Bandaraya Andrea Jenkins, bagaimanapun mempunyai pendapat yang berbeza daripada Santamaria, dia percaya bahawa kedua-dua lelaki itu saling mengenali.

“Mereka berdua pekerja di restoran itu selama 17 tahun. Jadi, pegawai Chauvin, dia mengenali George,” katanya dalam wawancara dengan MSNBC. “Mereka berdua telah lama bekerja bersama.”

Menurut rekod dalam talian, 17 aduan telah dibuat terhadap Chauvin ketika dia masih bekerja dengan Jabatan Polis Minneapolis. Semua aduan yang diterima telah ditutup tanpa disiplin kecuali dua aduan, yang menyebabkan Chauvin menerima surat teguran.

Tou Thao, saksi yang berdiri ketika Chauvin berlutut di leher Floyd, juga mempunyai enam aduan, lima diantaranya ditutup tanpa disiplin dan salah satunya masih terbuka.

Berdasarkan aduan, kedua-dua pegawai polis berkenaan gagal membuat laporan polis dan menggunakan kekuatan yang lebih banyak daripada yang diperlukan ketika menangkap seseorang, dan memperlakukan mangsa jenayah dengan kasar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular