Negara kepadatan keempat paling tinggi di dunia, Indonesia sudah pasti sedang mengalami kesukaran untuk menangani pandemik COVID-19 ketika ini. Ini kerana mereka berhadapan dengan pelbagai isu yang sedikit menyukarkan usaha untuk menanganinya.

Menurut laporan, petugas perubatan negara berkenaan masih lagi bergelut untuk mendapatkan sumber pelitup muka, pelindung mata, sut hazmat dan peralatan pelindung diri (PPE).

Perkara sebegini sedikit sebanyak menjatuhkan motivasi untuk para petugas kesihatan di sana dalam memerangi penularan virus tersebut. Satu video menunjukkan bahawa para petugas kesihatan di sana kelihatan sudah berputus asa.

@fvkhrie/Twitter

Ia adalah berikutan dengan sikap sebahagian rakyat di Indonesia yang seperti tidak mementingkan keselamatan dan bebas berada di luar rumah. Ianya seperti tiada apa yang berlaku dan ternyata krisis ini tidak diambil serius.

Walaupun setakat ini negara berkenaan telah mencatatkan lebih 1,400 kematian ekoran daripada wabak COVID-19, dengan jumlah kes yang disahkan positif sudah pun hampir mencecah sebanyak 25,000 kes.

Berikutan dengan situasi di Indonesia tersebut maka para petugas tanah air kita tidak melepaskan peluang untuk memberikan dorongan melalui kata-kata semangat bagi meningkatkan motivasi mereka.

Efey Noorfareydzah/Facebook

Ia dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Efey Noorfareydzah yang memperlihatkan sekumpulan petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Tawau Kubota, Sabah menzahirkan kata-kata semangat buat rakan setugas di Indonesia.

Efey Noorfareydzah/Facebook

Menurut beberapa foto yang turut dilampirkan, jelas kelihatan tulisan nota pada sut PPE mereka seperti Indonesia bisa, kita pasti bisa, jangan putus ada, dan kita pasti menang. Ianya ikhlas ditulis daripada petugas barisan hadapan Malaysia.

Efey Noorfareydzah/Facebook

Perkongsian itu sehingga kini membuka mata netizen yang rata-ratanya turut berasa tersentuh dan merasai keikhlasan petugas barisan hadapan ini. Mereka juga tidak ketinggalan untuk memberikan semangat buat Indonesia.

Efey Noorfareydzah/Facebook

Efey Noorfareydzah/Facebook

Ada juga pengguna yang berpesan agar rakyat Indonesia memberikan kerjasama 

Efey Noorfareydzah/Facebook

Efey Noorfareydzah/Facebook

Ianya secara tidak langsung turut membuatkan rakyat Indonesia berasa terharu…

Efey Noorfareydzah/Facebook

Efey Noorfareydzah/Facebook

Virus membawa maut ini sudah diketahui menyerang manusia tanpa mengira sempadan. Justeru, mari sama-sama kita doakan agar Indonesia dan seluruh negara di dunia segera pulih daripada serangan wabak ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL INSPIRASI

Video Popular