Ekoran penularan wabak COVID-19 kesemua negara yang terjejas mula mengamalkan penjarakan sosial dalam usaha untuk membendung wabak tersebut daripada terus merebak di kalangan masyarakat.

Di tempat-tempat awam khususnya pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif supaya rakyat mengikut arahan yang ditetapkan.

Contohnya di rumah ibadat seperti masjid juga mengamalkan langkah ini. Di Jerman sendiri rakyat diminta untuk mematuhi penjarakan sosial sejauh 1.5 meter ketika berada di dalam masjid.

Facebook

Keadaan itu telah membuatkan masjid Dar Assalam di daerah Neukölln di Berlin tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai. Oleh hal yang demikian, gereja Martha Lutheran di Kreuzberg telah membuka pintu untuk jemaah muslim bagi melaksanakan solat Jumaat pada akhir Ramadan lalu.

Facebook

“Itu adalah petanda yang baik serta membawa kegembiraan di bulan Ramadan dan kegembiraan di tengah kemelut krisis ini,” kata imam masjid itu kepada agensi berita Reuters.

“Pandemik ini telah menjadikan kita sebagai sebuah komuniti. Krisis yang berlaku telah membawa orang ramai untuk berkumpul bersama,” tambahnya lagi.

Menurut salah seorang jemaah, Samer Hamdoun, pada awalnya dia merasakan ada sesuatu yang lain ketika berada di gereja apabila dibandingkan dengan masjid kerana terdapat gambar dan alat muzik di gereja itu. Namun, apabila dilihat betul-betul tiada yang aneh kerana gereja juga adalah rumah Tuhan.

Facebook

Apa yang lebih menariknya apabila paderi gereja tu turut sama dalam upacara tersebut. Paderi Monika Matthias bahkan telah menyampaikan ucapan dalam bahasa Jerman dan ketika doa dibacakan dia turut mengatakan ‘ya,ya,ya’ kerana mereka di sana semuanya mempunyai kebimbangan yang sama dan adalah baik untuk saling mempelajari antara satu sama lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular