- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Manfaat masa terluang sepanjang PKP, dekorasi ruang tamu dengan bajet sekitar RM2,000 ini terima pujian ramai

Bagi pasangan yang baru atau bakal mendirikan rumah tangga, penyediaan rumah sebagai tempat perlindungan adalah salah satu perkara yang dititikberatkan. Mana tidaknya, selepas berhempas-pulas bekerja, rumah adalah tempat yang seharusnya dalam keadaan selesa untuk melepaskan penat lelah.

Dengan pandangan yang sebegini, seorang lelaki (@shahrizal5264 [3]) di laman Twitter, baru-baru ini berkongsi pengalamannya yang memanfaatkan masa terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan untuk mendekorasi dan mengubah suai rumah sewanya yang bakal dihuni bersama bakal isterinya kelak.

Untuk mendapatkan hasil ‘rumah idaman’ ini, Shahrizal dan tunangnya, Liana, bahkan turut membahagikan tugas sesama mereka.

@shahrizal5264/Twitter [3]

@shahrizal5264/Twitter [3]

@shahrizal5264/Twitter [3]

Menurut kiriman Shahrizal yang dimuatnaik pada 26 Mei lalu, Liana ditugaskan untuk mencari perabot serta barang keperluan rumah di aplikasi dalam internet. Manakala, Shahrizal pula ditugaskan untuk menyelesaikan kerja-kerja pemulihan dan pemasangan di rumah sewa berkenaan.

Dapat dilihat dengan jelas, begitu banyak sekali perubahan yang sempat diselesaikan oleh pasangan ini sepanjang tempoh PKP ini. Dari perubahan cat dinding dan siling, penukaran kipas siling, pemasangan lampu sehinggalah akhirnya kepada penetapan dekorasi rumah.

Boleh tahan!

@shahrizal5264/Twitter [3]

@shahrizal5264/Twitter [3]

@shahrizal5264/Twitter [3]

Menurut Shahrizal, hasil dekorasi yang dilakukan ini hanyalah fasa pertama, yang melibatkan bahagian ruang tamu rumah sahaja.

@shahrizal5264/Twitter [3]

Lebih menarik perhatian ramai adalah apabila Shahrizal memaklumkan bahawa kos keseluruhan bagi fasa pertama yang dilakukannya ini hanyalah sekitar RM2,000 lebih sahaja kerana kebanyakan barangan yang dibeli adalah dari dalam talian.

@shahrizal5264/Twitter [3]

@shahrizal5264/Twitter [3]

Menarik, sudahlah murah, cantik pula! Memang berbaloi!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih daripada 12,200 ulang kicau, lebih daripada 21,700 sukaan dan 272 komen dari pengguna Twitter yang turut sama teruja melihat perubahan rumah Shahrizal.

@shahrizal5264/Twitter [3]

Selain itu, ramai juga antaranya yang mengucapkan tahniah kepada Shahrizal dan mendoakan pasangan ini.

@shahrizal5264/Twitter [3]

Nampaknya, ramai yang telah terinspirasi dengan kiriman gambar rumah Shahrizal yang nampak ringkas, tetapi selesa ini. Pastinya, masa terluang sepanjang pelaksanaan PKP ini telah memberi banyak impak positif kepada rakyat Malaysia!

loading...