- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Ditangkap polis kerana timbulkan kekecohan, wajah sayu anjing ini di dalam kenderaan polis cuit hati ratusan ribu warganet. Kasihan tetapi lucu!

Bagi kebanyakan pemilik haiwan peliharaan seperti anjing, untuk memasangkan rantai leher sebelum membawa anjing kesayangan mereka keluar mengambil angin adalah sesuatu perkara yang penting. Hal ini adalah supaya anjing itu tidak terlepas dan ‘menimbulkan masalah’ di tempat awam.

Tetapi, kisah yang dikongsikan oleh Emme Thompson [1] di laman Twitternya pasti akan membuat anda tidak kering gusi. Apatah lagi selepas anda melihat sendiri gambar yang dimuatnaik oleh Emma.

@emmethompsonn/Twitter [1]

Menurut Emma,  pada suatu hari, Finn, si anjing yang nakal, telah keluar bersiar-siar bersama bapa Emma, Reid Thompson dan teman wanitanya. Reid bagaimanapun memutuskan untuk tidak memasang rantai di leher Finn pada hari itu kerana mahu Finn bersiar-siar dengan bebas.

@emmethompsonn/Twitter [1]

Lazimnya, walaupun tanpa memakai rantai, Finn hanya akan berjalan-jalan berdekatan dengan pemiliknya, tetapi pada hari yang ‘bersejarah’ itu, Finn berlari dengan jauh dan laju, sehingga tidak dapat ditemui.

Rupa-rupanya, Finn berkelakuan aneh sebegitu kerana Finn terlihat dengan seekor rusa. Finn secara umumnya sangat tidak menggemari rusa, menurut Emma.

Berdasarkan kesan tapak kaki, dapat dilihat bahawa Finn dengan pantasnya mengejar rusa yang dilihatnya itu, tetapi tanpa Finn ketahui, sebenarnya rusa itu punyai kepantasan yang lebih tinggi berbanding Finn.

Akhirnya, Finn tidak berjaya mengejar rusa itu.

Dan kerana telah menimbulkan kekecohan, seseorang di bandar itu telah membuat laporan polis mengenai kelakuan Finn. Disebabkan itu, pihak polis yang tidak mempunyai pilihan terpaksa menangkap Finn dan membawanya di dalam kenderaan rasmi polis.

Bagaimanapun, situasi yang menunjukkan Finn ditangkap dan berada di dalam kenderaan polis benar-benar telah membuatkan Emma terhibur. Mana tidaknya, Finn dengan muka yang menagih simpati di dalam kereta polis itu kelihatan sangat kasihan, tetapi dalam masa yang sama sangat lucu!

Siapa sangka seekor anjing boleh ditangkap kerana menimbulkan kekecohan? 

Hanya Finn sahaja yang boleh lakukannya!

 

Syukurlah, selepas menemui pemilik Finn, akhirnya Finn ‘dibebaskan’ dan polis menasihatkan agar Finn sentiasa dirantai jika sedang bersiar-siar di tempat awam.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman Emma telahpun menjadi tular dan meraih lebih dari 626,100 sukaan, lebih dari 178,500 ulang kicau dan lebih dari 3,100 komen.

Terima kasih Finn, nampaknya kamu benar-benar punyai bakat untuk menghiburkan orang!

loading...