Walaupun Hari Raya Aidilfitri tahun ini mungkin adalah perayaan julung kali yang diraikan di rumah sendiri tanpa aktiviti kunjung-mengunjung semasa PKPB berlanjutan, namun itu tidak bermakna semua orang perlu menjadi muram dan suram.
Malahan, terdapat kalangan keluarga di Malaysia mempunyai cara kreatif dan tersendiri dengan normal baharu untuk tetap menyambut perayaan tersebut bersama jiran-jiran mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman ekoran PKPB, sambil mengamalkan penjarakan sosial mematuhi arahan kerajaan dengan baik.
Rakaman video dalam laman Facebook yang tular menunjukkan beberapa keluarga di sebuah kejiranan dalam taman perumahan yang lokasinya dipercayai berada di Negeri Sembilan tetap meraikan Hari Raya secara kreatif bagi membolehkan mereka menikmati juadah dan bergembira seperti biasa ketika ‘berkunjung’ ke rumah terbuka salah seorang jiran yang mengamalkan SOP ditetapkan kerajaan.
Oleh kerana mengunjungi rumah orang lain buat masa sekarang dilarang ekoran PKPB, keluarga Malaysia ini memutuskan bahawa perkara terbaik yang boleh mereka lakukan semasa mengadakan rumah terbuka Hari Raya adalah dengan mengadakan jamuan ala piknik atau meletak meja makan dari rumah sendiri.
Berhadapan luar rumah masing-masing, jiran sebelah-menyebelah yang lengkap berpakaian baju Melayu dan baju kurung menikmati juadah lazim Hari Raya seperti ketupat, lemang dan rendang bersama-sama, sambil mengamalkan penjarakan sosial dengan suasana gembira dan mendamaikan antara satu sama lain.
Kumpulan Facebook N9 INFO TRAFFIC, memuat naik video menunjukkan bagaimana satu keluarga mengadakan rumah terbuka lengkap dengan bufet, mengatur tempat duduk dengan kira-kira 20 keluarga jiran mereka di luar rumah masing-masing bagi membolehkan penjarakan sosial yang selamat supaya semua orang boleh menikmati juadah yang disediakan.
Kesemua keluarga itu walaupun berjauhan berjarak 1 meter atau lebih, nampaknya sangat gembira makan bersantai bersama-sama ketika menjamu selera hidangan Hari Raya yang telah diambil oleh ketua keluarga masing-masing.
Tuan rumah berkata, tidak melebihi 20 orang iaitu ketua keluarga sahaja dibenarkan mengambil makanan sambil pencuci tangan, ‘hand sanitiser’ dan pelitup muka disediakan, juga memeriksa suhu badan mereka dengan mengikuti langkah-langkah keselamatan serta peraturan ditetapkan kerajaan.
Video tular tersebut telah mendapat sokongan dan perhatian ramai netizen yang memuji kejiranan ini kerana memainkan peranan masing-masing demi mengeratkan hubungan silaturahim sambil mematuhi peraturan penjarakan sosial.
Tonton video di bawah:
Maybe you're interested :
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Ucapan perpisahan Trump : “Pergerakan kita hanya suatu permulaan”
- ‘Blogger’ dan aktivis dihukum 4 tahun penjara kerana kritik kerajaan Parti Komunis China