Kementerian Kesihatan New Zealand mengumumkan bahawa negara itu kini tidak lagi mempunyai pesakit Virus Parti Komunis China (COVID-19) di hospital memandangkan tiada kes baharu didaftarkan selama tujuh hari berturut-turut.

Pesakit terakhir yang dibenarkan discaj daripada hospital adalah di Auckland pada 27 Mei lalu, di mana ianya merupakan satu kemenangan buat New Zealand yang sebelum ini dipuji secara global ekoran tindak balas mereka terhadap pandemik Virus PKC (COVID-19).

New Zealand hanya mengesahkan kes pertamanya pada 26 Februari lalu. Kemudian telah menutup sempadannya pada 19 Mac serta mula melaksanakan penutupan sepenuhnya negara itu pada 26 Mac.

Kejayaan negara berkenaan menunjukkan hasil apabila penutupan yang dilaksanakan sebelum itu dapat dilonggarkan hanya setelah beberapa minggu. Kini sehingga 100 orang dibenarkan untuk berhimpun selain boleh meneruskan perjalanan ke Australia.

Dom Thomas – Pool/Getty Images

“Peningkatan saiz himpunan melibatkan individu ini bermakna bahawa kita memiliki beberapa pengaturan yang mengizinkan daripada mana-mana negara yang kita bandingkan termasuklah Australia”.

“Bersusah pada peringkat awal ternyata membuahkan hasil terutamanya kepada aspek ekonomi dan kini kita hanya perlu meneruskan tahap kewaspadaan yang membawa kita ke peringkat ini”, kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan rasmi iaitu sebanyak 1,504 langsung tidak bergerak sejak 22 Mei lalu sementara jumlah kematian pula hanya 21 dan ianya turut tidak meningkat semenjak 6 Mei yang lalu.

Fiona Goodall/Getty Images

Kesemua 21 kes kematian berikut adalah dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas, dengan lebih separuh daripadanya berusia di atas 80 tahun manakala 4 daripadanya pula berusia 90-an.

Untuk makluman, negara tersebut telah melakukan sejumlah 267,443 ujian saringan dan pekerja kesihatan kini sedang dalam usaha untuk memantau baki kes melalui aplikasi ‘NZ COVID Tracer’.

Difahamkan bahawa lebih daripada 400,000 orang telah mendaftar dan menggunakan aplikasi NZ COVID Tracer tersebut, di mana ia akan digunakan oleh kerajaan  untuk mengenal pasti wabak baru.

New Zealand juga melancarkan aplikasi lain yang menyediakan maklumat tentang kes yang telah dikemas kini, laluan klinikal tempatan serta panduan mengenai penggunaan peralatan pelindung diri kepada pekerja kesihatan.

Sebelum ini, situasi Tahap 4 telah direda pada akhir April setelah penutupan selama tujuh minggu yang menyaksikan sekolah, bar, restoran dan taman permainan ditutup.

Tahap 3 kemudian menjadi Tahap 2 pada awal bulan ini, di mana restoran, pawagam, kedai dan gimnasium semuanya telah dibenarkan beroperasi dan dibuka semula.

Pada Tahap 1, tidak akan ada larangan untuk berkumpul atau pengangkutan awam sementara sekolah dan tempat kerja turut akan dibuka. “Keputusan mengenai sama ada situasi akan bertukar ke Tahap 1 akan dibuat pada separuh kedua bulan Jun”.

“Kita masih berada dalam wabak global. Kes terus berkembang di luar negara dan kita masih mempunyai warganegara yang pulang namun sebahagian besarnya, banyak aspek kehidupan terasa lebih normal”, tambah Jacinda.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular