BOLIVIA- Dengan harapan akan bertukar menjadi Spider-Man, tiga orang kanak-kanak lelaki dari sebuah kampung dikejarkan ke hospital kerana membiarkan diri mereka digigit labah-labah spesies ‘Black Widow’ pada 14 Mei lalu. Kanak-kanak lelaki berusia 8, 10 dan 12 tahun dari Chayanta, sebuah bandar di wilayah Andes Potosi dikatakan telah digigit labah-labah beracun tersebut.

Menurut New York Post yang dilaporkan oleh media AS, para pegawai Kementerian Kesihatan Bolivia mengatakan baahwa ketiga-tiga orang adik-beradik itu dikatakan telah menemui labah-labah beracun ‘Black Widow’ ketika sedang menggembala kambing.

Dengan percaya gigitan labah-labah akan memberi mereka kekuatan seperti superhero Spider-Man, ketiga-tiga mereka terus menghampiri labah-labah tersebut dan menjoloknya menggunakan kayu sehingga serangga itu menggigit mereka.

Pixabay

Ibu mereka kemudian mendapati mereka menangis dan segera membawa mereka ke pusat perubatan tempatan yang berhampiran. Keadaan mereka walau bagaiamanapun tidak membaik dan mereka segera dipindahkan ke sebuah hospital di bandar Llallagua.

Mereka kemudian mula mendapat simptom seperti demam, sakit otot dan menggigil jadi mereka sekali lagi dipindahkan ke sebuah Hospital Kanak-kanak di La Paz. Mereka menerima rawatan di sana dan setelah seminggu dirawat mereka dibenarkan untuk keluar dari hospital.

Pegawai dari kementerian kesihatan tempatan mengatakan mereka berharap agar insiden ini dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada ibu bapa agar lebih berwaspada terhadap filem yang ditonton anak-anak mereka.

Menurut National Geographic, labah-labah ‘Black Widow’ adalah salah satu speseis labah-labah yang paling ditakuti di dunia dan yang paling berbisa di Amerika Utara. Labah-labah enis itu dikatakan mempunyai racun 15 kali lebih kuat daripada ular ular.

Tambahan lagi, labah-labah jenis ‘Black Widow’ juga dikatakan hanya menggigit untuk mempertahankan diri dan walaupun gigitannya biasanya tidak membawa maut tetapi kanak-kanak adalang golongan yang paling berisiko untuk digigit.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular