Sudah menjadi satu kelaziman untuk kita semua meraikan sambutan hari lahir dengan kek, hadiah, majlis makan-makan dan sebagainya. Namun memandangkan sekarang ini tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita adalah dilarang untuk mengadakan sebarang aktiviti di luar rumah yang melibatkan ramai orang berkumpul pada satu masa yang sama.

Namun, jangan jadikan PKPB ini sebagai satu alasan untuk anda berduka lara. Jadilah seperti remaja ini yang kekal positif dan menunjukkan contoh yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia dengan melakukan aktiviti mengutip sampah selama 23 hari bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-23.

 

Menerusi perkongsian yang tular di Twitter, Hazmi Nabil telah memuat naik beberapa gambar dirinya mengutip sampah di sekitar kawasan Lembah Klang selama 23 hari demi meraikan hari jadinya dengan cara yang lebih produktif dan menyihatkan.

script>

“23/5/2002 merupakan hari aku dilahirkan. Jadi aku nak raikan hari jadi aku tapi tak boleh buat parti. Aku cuba cabar diri aku untuk kutip sampah di kawasan Lembah Klang selama 23 hari. Ini mungkin usaha yang kecil dan aku hanya mampu memenuhkan 3 bungkus plastik sampah hari ini. Doakan aku berjaya rakan-rakan”.

Keesokan harinya iaitu pada hari kedua misi mengutip sampah tersebut, Hazmi telah memuat naik ciapan di Twitter bagi memastikan para pengikutnya terus mendapat info terkini tentang misinya itu.

“Terima kasih atas sokongan anda semua. Bermula esok, aku akan terus membersihkan kawasan sekitar Lembah Klang sehingga 15 Jun 2020. Aku akan terus mengemaskini akaun ini untuk lihat perjalanan aku”.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menarik 7,608 ulang kicau dan lebih 15,000 tanda suka. Rata-rata netizen memuji usaha Hazmi dan menjadikan remaja ini sebagai satu contoh terbaik untuk generasi masa kini. Malah, ada yang turut mencadangkan selebriti Maya Karin yang turut terkenal dengan sikap cintakan alam semula jadi untuk memberikan cenderahati kepada Hazmi sebagai hadiah hari jadi untuknya.

“Tahniah. Mulia apa yang awak buat ini”.

“Selamat hari jadi. Hebat lah kau. Sumpah aku kagum dengan kau. Jangan orang nak raikan hari jadi macam ini. Aku doakan kau sentiasa berjaya dunia akhirat dan diberi rezeki melimpah ruah”.

“Selamat hari jadi dan semoga berjaya”.

Bukan mudah untuk seseorang memberikan sumbangan seikhlas hati menggunakan tulang empat kerat kepada komuniti. Semoga inisiatif Hazmi ini akan dijadikan sebagai contoh untuk kita ikuti.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular