Manisan dorayaki dari Jepun sudah pasti dikenali kerana ia makanan kegemaran Doraemon. Dengan rasanya seperti lempeng atau pankek tetapi ia lebih manis bersama teksturnya yang lembut.
Bagi peminat dorayaki, apa kata anda mencuba resipi tidak menjemukan ini dengan menggunakan biskut Oreo bersama gabungan beberapa bahan mudah.
Ikuti resipi Dorayaki Oreo hasil perkongsian versi asal Dapur Riri.
YouTube/Paparan Skrin
Bahan-bahan:
- 1 peket Oreo (137gram) berperisa asal
- 1 biji telur
- 85ml susu cair coklat atau tambah sedikit serbuk koko/milo
- 3 sudu besar susu pekat
- 3/4 sudu teh serbuk penaik
- 50 gram ‘whipped cream’
- Krim oreo
- 100ml air
Facebook/Paparan Skrin
Cara-cara membuat:
Dorayaki:
1.Asingkan dahulu krim dari biskut oreo ke dalam bekas lain. Ketepikan sekejap krim ini.
YouTube/Paparan Skrin
2.Ambil oreo, tumbuk atau kisar hingga hancur.
YouTube/Paparan Skrin
3.Atau masukkan telur, biskut oreo, susu pekat, susu cair coklat, serbuk penaik ke dalam blender.
YouTube/Paparan Skrin
4.Kisar dan gaul rata hingga sebati dan rehatkan sebentar selama 20 hingga 30 minit.
YouTube/Paparan Skrin
5.Panaskan kuali atau pan tidak lekat dengan guna api perlahan. Boleh sapu lapisan sedikit minyak dengan guna tisu.
YouTube/Paparan Skrin
6.Ceduk adunan tadi menggunakan senduk kecil dan tuang perlahan ke dalam pan tidak lekat.
YouTube/Paparan Skrin
7.Tunggu hingga permukaan atasnya menjadi lubang-lubang kemudian baru terbalikkan.
8.Terbalikkan sekejap sahaja selepas itu boleh angkat.
9.Ulang langkah demi langkah sehingga adunan selesai.
YouTube/Paparan Skrin
Krim:
10.Campur adunan krim oreo, sedikit air dan susu pekat, boleh pukul secara manual atau kisar sampai kembang, atau jika mahu lebih mudah guna ‘whipped cream’ sahaja.
YouTube/Paparan Skrin
YouTube/Paparan Skrin
Cara penyediaan Dorayaki Oreo:
11.Letakkan krim oreo tadi di atas sekeping dorayaki kemudian sapukan krim buatan sendiri atau paipkan ‘whipped cream’ ke atasnya.
YouTube/Paparan Skrin
12.Tutup dengan sekeping lagi dorayaki kemudian tekan-tekan sikit bahagian tepinya supaya krim itu tidak terkeluar.
YouTube/Paparan Skrin
13.Pelbagaikan hidangan Dorayaki Oreo dengan krim berperisa coklat atau lain-lain.
YouTube/Paparan Skrin
Anda boleh olah resipi mengikut kreativiti sendiri.
YouTube/Paparan Skrin
Dorayaki Oreo tersedia untuk dinikmati bersama keluarga, selamat mencuba.
Tonton video di bawah:
Maybe you're interested :
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- ‘Blogger’ dan aktivis dihukum 4 tahun penjara kerana kritik kerajaan Parti Komunis China