Sudah berbulan terperap duduk di rumah di musim PKP, sudah pasti ramai kalangan kita yang berasa bosan hingga menjadi buntu untuk mempelbagaikan aktiviti kekeluargaan, terutama buat kanak-kanak dan remaja.

Jika tidak dapat beriadah di luar seperti bermain bola sepak atau futsal bersama abang dan adik, maka dengan bermain congkak pun jadilah. Sebelum ini mungkin adik jadi pilu selepas kalah bermain ‘sepak bola’ dengan abang, jadi kali ini adik kalah bermain congkak dengan abang, pun boleh jadi pilu juga.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter, seorang netizen @RuzainiRed berkongsi video aktiviti riadah sekeluarga yang dilakukannya di dalam rumah ketika PKPB.

@RuzainiRed/Twitter

Video yang mendapat lebih 7,600 retweet itu merakam gelagat adik lelakinya yang sedang meratap kekecewaan selepas tewas teruk dalam ‘perlawanan congkak’ dengan salah seorang abangnya.

Kelihatan si adik yang memakai jersi pasukan bola sepak hijau kuning seperti dari Kedah FA begitu bertekad tidak mahu tertewas dalam permainan congkak itu.

@RuzainiRed/Twitter

Sambil mengesat air matanya dan memandang pilu baki guli yang tinggal di dalam lubang congkaknya yang semakin berkurangan, dia terus bermain tanpa rasa putus asa walaupun dia sudah tahu akhirnya dia akan tertewas juga.

@RuzainiRed/Twitter

Kedengaran suara latar belakang loghat utara daripada kalangan ahli keluarganya yang menyokong abangnya untuk menghabiskan baki guli dari dalam lubang congkak adik sambil menyakatnya kerana berhati tipis dan manja.

@RuzainiRed/Twitter

Salah seorang daripada mereka menghulurkan ais krim, tanda memujuk dan terus menyokongnya untuk menghabiskan permainan itu. 

Sambil abangnya itu pula terus berazam tidak mahu mengalah untuk mencapai kemenangan!

@RuzainiRed/Twitter

Gelagat manja adik ini sungguh comel dan mencuit hati kita. Tidak mengapa kalah dik, yang penting jangan cepat putus asa!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular