Bukan mudah untuk mendidik anak-anak lebih-lebih lagi ketika zaman sekarang yang semakin canggih dengan teknologi. Ada antara mereka yang semakin berani melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Ada juga yang mudah memberontak dengan pelbagai alasan dan sebab. Pastinya ibu bapa pening kepala ketika berhadapan dengan situasi seperti itu.

Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki ditahan polis ketika memandu kereta SUV milik ibu bapanya di Utah. Percaya atau tidak kanak-kanak lelaki itu baru sahaja berumur 5 tahun dan sudah berani memandu sendiri di lebuhraya secara bersendirian.

Sebuah SUV telah menarik perhatian seorang pegawai peronda Lebuhraya Utah, Trooper Rick Morgan setelah terlihat sesuatu yang agak aneh mengenai pemandu kenderaan itu. Dia kemudian meminta pemandu untuk berhenti dan terkejut apabila melihat seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang sedang memandu kereta tersebut.

Ketika ditahan polis kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia keluar memandu selepas dia dan ibunya bergaduh. Budak lelaki itu marah kerana ibunya tidak mahu membelikannya kereta Lamborghini seperti yang diminta.

Oleh itu, dia memutuskan untuk pergi sendiri ke California untuk membeli kereta tersebut tetapi dia kekurangan wang kerana ketika itu dia hanya memiliki $3 (RM13.08) di dalam dompetnya.

Dalam laporan CNN, pegawai Morgan mengatakan bahawa dia melihat kenderaan SUV melintasi laluan antara negeri dengan kelajuan 30 kmj menyebabkan pada awalnya dia menyangka pemandu tersebut adalah orang kurang upaya.

Morgan berkata, budak lelaki itu duduk di bahagian hadapan tempat duduk supaya kakinya dapat mencapai pedal brek dan terus menghentikan kereta ketika dia diminta untuk berhenti.

Ketika Morgan bertanya mengapa dia memandu SUV orang tuanya, budak lelaki itu memberitahunya bahawa dia mahu pergi ke Los Angeles, California yang sejauh 9 jam, 46 minit perjalanan supaya dia dapat membeli Lamborghini untuk dirinya.

Pixabay

Bercakap mengenai undang-undang dan hukuman yang bakal dikenakan, Morgan mengatakan bahawa semua itu bergantung kepada pendakwa raya Utah sama ada mahu mendakwa ibu bapa kepada kanak-kanak ini kerana meninggalkannya bersama adik-beradiknya semasa mereka tiada di rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular