- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Walaupun takut, namun lelaki ini berjaya bantu biawak yang tersekat kepalanya di dalam tin kosong. Tidak hairanlah apabila ramai orang memuji tindakannya!

Biawak merupakan salah satu haiwan liar yang ditakuti ramai. Hal ini adalah kerana biawak mempunyai tubuh yang agak besar mengikut umur, dan mampu berlari dengan laju.

Tetapi, jika anda bertemu dengan seekor biawak yang kepalanya tersekat di dalam tin kosong, adakah anda cukup berani untuk membantunya?

animalmalaysiatv/YouTube [1]

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila rakaman berdurasi 51 saat menunjukkan seorang lelaki yang lengkap berpakaian tradisional Melayu sedang membantu seekor biawak liar yang kepalanya tersekat di dalam sebuah tin kosong.

Disebabkan hal itu, biawak berkenaan kelihatan seperti tidak tentu arah kerana tidak boleh melihat apa yang berlaku di sekelilingnya.

animalmalaysiatv/YouTube [1]

Lelaki berkenaan, yang dipercayai dalam perjalanan menziarahi sanak-saudara pada Hari Raya Aidilfitri, dengan gementar terus memberanikan diri untuk membantu menarik tin kosong yang tersekat di kepala biawak itu.

‘Pertarungan’ yang agak mendebarkan itu bagaimanapun tidak mengambil masa yang lama, syukurlah. Setelah beberapa kali cubaan menarik tin kosong yang tersekat itu, akhirnya lelaki itu berjaya membebaskan biawak yang malang itu.

animalmalaysiatv/YouTube [1]

Apa yang menarik perhatian ramai mengenai video ini adalah sifat berani yang ditunjukkan oleh lelaki yang berhati mulia itu. Walaupun sebenarnya lelaki itu dengan jelas nampak takut akan haiwan liar itu, namun, kerana rasa simpati, dia tetap meneruskan niatnya untuk membantu.

animalmalaysiatv/YouTube [1]

Video yang tular ini seterusnya telah menarik perhatian Persatuan Haiwan Malaysia [2] yang kemudiannya turut berkongsi pautan video ini dalam sebuah kiriman di laman Facebook rasmi mereka.

“Siapa tahu di habitat (biawak) ini ada anak-anak kecilnya yang masih perlukan susuan ibu atau makanan daripada bapanya,” tulis mereka.

Malah, persatuan ini juga berbesar hati untuk menganugerahkan ‘Noble Animal Malaysia’ kepada lelaki yang dirakamkan dalam video itu dan meminta bantuan orang ramai untuk menghubungkan lelaki berkenaan.

Siapa sangka, dengan hanya niat murni untuk membantu haiwan liar yang kebetulan ditemui, kini lelaki budiman ini mendapat perhatian dan pujian ramai.

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook [2]

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook [2]

Tahniah diucapkan! Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan berani seperti lelaki ini.

loading...