Untuk mendapat peluang menjadi bertuah sememangnya adalah sesuatu perkara yang semulajadi. Anda tidak perlu melakukan apa-apa, jika sudah tertulis bahawa anda akan bertuah, maka tiada apapun yang dapat menghalangnya.

Tetapi, pernahkah anda menjadi bertuah untuk bertemu atau memakan makanan yang lain daripada yang lain?

Hal ini pastinya tidak akan memberi apa-apa kesan seperti memenangi cabutan bertuah atau yang seantara dengannya, tetapi yang pasti, hal ini pasti akan membuat anda teruja!

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda 11 kali orang-orang bertuah di seluruh dunia yang cukup bertuah kerana ‘dipertemukan’ dengan makanan yang luar biasa. 

#1 Siapa sangka dalam bungkusan gula-gula beruang ini ada ‘ahli sihir’ yang tersesat?

scrensh3

#2 Lobak merah ini mirip sekali dengan bentuk tangan manusia lengkap dengan lima jejari!

Moby-Dickens

#3 Wah, buah avokado yang menguntungkan! Tiada ruang untuk biji langsung!

TheEarthquakeLady

#4 Dalam limau yang besar ini ada limau ‘mini’ seperti anaknya pula!

iamcrawfy2018

#5 Bertuah betul! Lelaki ini temui sebutir mutiara asli dalam tiram yang dimakannya!

aegri_mentis

#6 Sekali lagi, pek gula-gula beruang lakukannya. Kali ini, beruang-beruang ini tidak mahu ‘melepaskan genggaman’ masing-masing!

Setize

#7 Lihatlah bagaimana licin dan sempurnanya keju ini mencair di atas burger…

pinkflyd25

#8 Pernahkah anda terfikir bahawa anda akan melihat seulas bawang putih yang sebesar telapak tangan manusia sebegini?

purple_spotted_cow

#9 Nampaknya pembeli bijirin ini memang bertuah sungguh. Lebih coklat dari bijirinnya sendiri!

ExtracurricularHerb

#10 Buah epal yang unik ini mempunyai sebiji lagi epal yang tumbuh di atasnya

HeavyMich

#11 Bertuah sungguh… Pembeli ini tidak sengaja membeli aiskrim dengan ‘cip coklat’ yang sangat besar

dukebailey

Menarik betul, kami pasti ini menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh insan-insan yang bertuah ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular