Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan protokol baharu dalam cara rawatan Virus Parti Komunis China (COVID-19) di mana pesakit dijangkiti yang sudah menerima rawatan dalam tempoh 14 hari akan dibenarkan discaj dari hospital walaupun masih dikesan positif dengan hasil ujian RT-PCR dan tiada gejala.

Perkembangan terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa pesakit Virus PKC (COVID-19) yang masih positif boleh dibenarkan discaj selepas 14 hari dirawat di hospital.

WHO mengemukakan bukti dengan kajian yang dijalankan di Korea Selatan dan Taiwan mendapati tahap kebolehjangkitan mereka yang rendah sehingga hampir sifar selepas menjalani tempoh rawatan selama dua minggu.

YouTube/Paparan Skrin

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang media harian COVID-19 pada 26 Mei berkata, laporan terbaharu itu juga akan mengubah protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pesakit positif di Malaysia selepas ini.

“Mengikut laporan WHO, kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan mereka adalah sifar. Dengan maklumat terbaharu yang kita perolehi, kalau selepas 14 hari, walaupun ujian positif, kita boleh discaj pesakit tersebut,” jelasnya.

Menurut Dr Noor Hisham, tindakan atau maklumat baharu yang diperolehi akan mengubah protokol dalam menguruskan pesakit yang positif.

“Kita akan melihat semula laporan untuk prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk merawat pesakit COVID-19 termasuk kemungkinan tidak lagi menggunakan ujian RT-PCR, “ katanya.

Namun menurut beliau, protokol baharu itu belum lagi dimaklumkan kepada pakar-pakar di semua hospital terlibat dan akan dilakukan dengan kadar segera memandangkan laporan tersebut baharu sahaja diterima.

Katanya lagi, langkah terbaharu itu bermakna pesakit Virus PKC (COVID-19) hanya akan dirawat di hospital selama 14 hari sahaja biarpun ujian pada penghujung tempoh itu menyaksikan mereka berstatus positif.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, protokol itu berubah kerana ia adalah virus jenis baharu dan pihaknya juga masih membuat kajian lanjut mengenainya.

Sebelum ini, pesakit akan diuji pada hari ke-13 dan sekiranya keputusan masih positif, mereka akan terus dirawat di hospital.

Dalam sidang media harian COVID-19 pada 27 Mei, Dr Noor Hisham menjelaskan lebih lanjut bahawa ujian RT-PCR dapat mengesan cebisan virus yang sudah mati, dan kajian terbaru mendapati mereka yang positif Virus PKC (COVID-19) melalui hasil ujian RT-PCR, tetapi tidak dapat mengesan virus hidup setelah ia dikultur. 

Rahman Roslan/Getty Images

Ini bermakna tiada lagi virus hidup di dalam tubuh mereka dan ia tidak boleh dibiak dan menjangkiti individu lain.

“Jadi sekarang kalau ujian RT-PCR itu positif atau positif lemah, kita boleh discaj sebab ada pesakit yang duduk di wad sampai 56 hari atau dua bulan, tetapi masih positif. Itu adalah residual virus yang sudah mati tetapi masih dikesan oleh ujian RT-PCR,” Dr Noor Hisham menjelaskan.

Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata selepas protokol baharu ini kelak dan pesakit dibenarkan discaj, mereka masih dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular