- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Orang ramai terhibur ketahui kisah kucing yang ‘terpaksa’ jadi penerima bungkusan pos dan mula merancang mahu melatih haiwan peliharaan masing-masing. Lucu!

Sejujurnya, memang ramai antara kita yang memang gemar membeli-belah melalui aplikasi e-dagang mahupun secara dalam talian. Bagaimanapun, kadang-kala kita tidak selalunya berada di  rumah. Dan ada ketikanya, bungkusan pembelian kita tiba di rumah ketika kita tiada di rumah.

Unsplash [1]

Baru-baru ini, tular di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook (Aegis Hong) telah memuatnaik kiriman [2] gambar di laman kumpulan Malaysia Chinese Love Cats yang menunjukkan bagaimana kucing peliharaannya telah ‘berjasa’ ketika dia tiada di rumah.

Jasa kucingnya sangat besar, iaitu mengesahkan penerimaan bungkusan Aegis! Memang lucu!

Aegis Hong/Facebook [2]

“Saya cuma mahu semua orang tahu bahawa kucing saya tidak dibesarkan dengan sia-sia,” tulis Aegis dalam kirimannya itu.

Kapsyennya juga sudah membuatkan orang tertawa, apatah lagi apabila melihat sendiri apa yang ditulis oleh penghantar bungkusan pada pelekat bungkusan. Memang lucu betul!

Aegis yang hanya mengetahui perkara itu apabila pulang ke rumah pada mulanya berasa tidak percaya dan mula menyemak butiran bungkusan di laman kurier yang digunakan.

Aegis Hong/Facebook [2]

Ternyata, memang benar kucingnya telah mengesahkan penerimaan bungkusan itu. Alahai, memang benar kata Aegis, tidak sia-sia dia membesarkan kucingnya itu!

Nampaknya kiriman Aegis ini benar-benar telah menghiburkan ramai pengguna Facebook dalam kumpulan itu. Lihat sahajalah komen yang ditinggalkan oleh mereka!

Aegis Hong/Facebook [2]

Aegis Hong/Facebook [2]

Aegis Hong/Facebook [2]

Malah, ada juga antara pengguna yang turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir serupa dengan Aegis!

Aegis Hong/Facebook [2]

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih lebih dari 1,600 reaksi, 664 perkongsian dan 116 komen setelah dimuatnaik pada malam 22 Mei lalu.

loading...