Lebih kurang dua tahun yang lalu, kehidupan seekor kucing comel bernama Lulu ini berubah sekelip mata.

Lulu yang sebelumnya berada di pusat penjagaan haiwan terbiar akhirnya menjadi kucing peliharaan ibu manusianya.

Setelah beberapa bulan diadopsi, Lulu telah mula melakukan ‘ritual’ hariannya dan ia merupakan cara Lulu tersendiri untuk menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada si ibu yang telah membelanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lulu The Slipper Cat (@lulutheslippercat) on

Lulu The Slipper Cat/Instagram

Menyedari bahawa tuannya itu suka memakai kasut dalam rumah sejurus sahaja bangun daripada tidur.

Lulu akan mengambil kasut berkenaan daripada mana-mana sahaja tempat yang ditinggalkan oleh ibunya pada hari sebelumnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lulu The Slipper Cat (@lulutheslippercat) on

Lulu The Slipper Cat/Instagram

Oleh kerana kasut tersebut hanya boleh diangkat dan dibawa menggunakan mulutnya maka Lulu terpaksa membuat dua kali perjalanan untuk mengambil kedua-dua belah kasut kegemaran ibunya. Rajinnya Lulu!

Lulu The Slipper Cat/Instagram

“Ibu saya terkejut pada mulanya. Saya tidak mempercayainya sehinggalah aksi Lulu itu berjaya dirakamkan menerusi kamera”, luah anak kepada tuan Lulu, Kayla.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lulu The Slipper Cat (@lulutheslippercat) on

Lulu The Slipper Cat/Instagram

Agak mustahil untuk membaca fikiran dan memahami maksud sebenar Lulu terhadap tingkah lakunya itu namun mesejnya adalah jelas, di mana ia membabitkan perasaan dan hatinya.

“Lulu seperti mahu menjaga ibu saya kerana ibu saya menjaganya dengan baik”, akhiri Kayla.

Lulu si kucing Maine Coon ternyata seekor kucing yang baik dan boleh diharap. Semoga membesar dengan sihat dan bahagia Lulu!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular