Sudah lama berkurung di rumah dan tidak bersiar-siar terutamanya di kota raya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya membuatkan kita semua berasa rindu terhadap keindahan bandaraya Kuala Lumpur, bukan?

Sedang segelintir daripada kita yang berdegil dan melanggar PKP, namun terdapat ramai lagi individu yang sangat menikmati masa yang banyak di rumah dengan melakukan sesuatu yang jauh lebih berfaedah.

Seorang pengguna Facebook, Yusri Haneef berkongsi hasil usaha dan kreativitinya yang membina bangunan ikonik Kuala Lumpur City Centre (KLCC) secara maya di dalam permainan video, Minecraft.

Yusri Haneef/Facebook

Ini merupakan KLCC daripada pandangan jalan Google

Yusri Haneef/Facebook

Ekoran tidak dapat keluar, dia difahamkan telah membuat struktur berdasarkan gambar pandangan jalan daripada Google sahaja. Ianya masih belum siap sepenuhnya namun hasilnya setakat ini cukup membanggakan!

Dan ini pula hasil yang dibuat oleh Yusri..

Yusri Haneef/Facebook

“Suria KLCC progress. Hampir sama la. Cabaran sekarang adalah bumbung shopping mall itu. Dia ada atas itu. Sudah lah ada yang melengkung pula. Part itu yang susah. Makan masa yang lama”, tulisnya menerusi kenyataan di Facebook.

Yusri Haneef/Facebook

Sudah pasti perkongsiannya di laman media sosial membuatkan ramai pengguna yang terpesona selain memuji hasil kerjanya yang menakjubkan itu.

Yusri Haneef/Facebook

Yusri Haneef/Facebook

Yusri Haneef/Facebook

Hebat anak Malaysia ini sebenarnya. Masa yang banyak diluangkan dengan sesuatu yang berfaedah dan mencipta semula tempat-tempat serta bangunan ikonik yang menjadi mercu tanda penting buat Malaysia.

Oleh yang demikian, selamat maju jaya diucapkan kepada Yusri yang kini sedang berusaha untuk melengkapkan bahagian atap pusat beli belah KLCC berkenaan. Kreativiti yang anda pamerkan sangat membanggakan kita semua.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular