Tiada anak yang boleh menerima hakikat yang ibu bapa mereka telah pergi buat selamanya. Sakitnya pasti dalam dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Namun, sakit bagaimana pun ia tidak boleh melawan sakitnya hati seorang ibu atau bapa yang kehilangan anak mereka. Sakitnya jauh lebih parah dan kehilangan anak pastinya membuatkan hari-hari yang dilalui selepas itu diisi dengan air mata dan kesedihan.

Itulah yang dialami oleh seorang ibu apabila dia kehilangan anak kecilnya akibat kanser. Pada Februari 2017, Nolan Scully, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Maryland telah disahkan meninggal dunia dan kejadian itu menjadi kesedihan terbesar buat ibunya, Ruth Scully.

Mengenang saat-saat terakhir Nolan, ibunya berkongsi cerita mengenai anak kecilnya di media sosial dan perkara itu telah menyentuh hati ramai orang yang mengetahui tentang kisah mereka.

Peekme

Nolan telah didiagnosis dengan Rhabdomyosarcoma Alveolar (RMS) pada tahun 2015. RMS merupakan kanser yang merebak di dalam tisu lembut sehingga boleh menyebabkan sakit kepala, mual dan sukar untuk melakukan proses perkumuhan. Namun begitu, setelah menjalani beberapa kali rawatan keadaan Nolan mula bertambah baik.

Walau bagaimanapun pada 2017, doktor mendapati kanser yang dihadapi Nolan sudah berada pada peringkat akhir. Dalam menjalani hari-hari terakhir Nolan, Ruth memutuskan untuk membawa Nolan pulang ke rumah supaya anak kecilnya lebih selesa.

Peekme

Sepanjang hari Nolan biasanya dalam keadaan lemah dan sering mengantuk. Jika dia bangun dia akan bermain dengan ibunya atau hanya menonton TV dan berkongsi cerita bersama.

Peekme

Suatu malam Nolan seakan-akan tidak mahu berpisah langsung dengan ibunya walaupun ibunya ke bilik mandi. Nolan kemudian meminta bapa saudaranya untuk mengalihkan katilnya menghadap bilik air supaya dia dapat menunggu ibunya di hadapan pintu bilik mandi.

Peekme

Namun, selepas Ruth keluar dia mendapati anak kecilnya sudah tidak sedarkan diri. Ibu itu terus membelai pipi anaknya dan Nolan mula membuka matanya perlahan-lahan dan mengatakan, ‘ibu, saya sayangkan ibu,’ sebelum dia menutup matanya sekali lagi dan terus tertidur. Akhirnya, pada 4 Februari, hospital mengesahkan bahawa Nolan telah meninggal dunia.

Peekme

Ruth berkongsi kisah sedih itu di Facebook bersama gambar anaknya yang sedang terbaring di atas permaidani di luar bilik mandi. Kini, permaidani itu kosong dan tiada lagi kelibat Nolan yang sering menunggunya keluar dari bilik mandi.

Ruth berkata: “Sekarang saya takut untuk mandi, kerana tidak ada lagi anak kecil yang menanti ibunya.”

Nolan kini berada di tempat yang sebaik-baiknya di mana tidak ada kesakitan yang terpaksa diharungi. Nolan pastinya sedang gembira dan seperti yang dijanjikan kepadanya dia akan menunggu ibunya di syurga…

Maybe you're interested :

Share

Video Popular