Tidak semua orang mempunyai kisah hidup yang mengembirakan. Ada antara kita yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebelum akhirnya berjaya mendapatkan hidup yang diimpikan.

Perkara itu jugalah yang dilalui oleh seekor anjing sebelum ia akhirnya memperolehi kehidupan yang lebih baik seperti yang sering diimpikan.

Remy, anjing jalanan yang sangat ramah, suka dibelai dan mahu disayangi namun ia masih tidak mendapatkan kasih sayang dan perhatian yang dimahukan. Jika dahulu Remy hanya diperalatkan sebagai anjing pembantu.

Dia ‘bekerja’ sebagai pengawal rumah dan tidak sama sekali diterima oleh keluarga tersebut. Remy sering bersikap baik dan ramah dengan harapan tiada orang yang akan mengasari atau mencederakannya.

Setiap hari akan ada seorang wanita yang datang untuk memberikan makanan kepadanya. Wanita itu sangat menyukai Remy namun dia tidak boleh membawa Remy pulang kerana dia tidak mampu untuk menjaga dua ekor anjing di rumah.

Rutin Remy setiap hari ialah dengan duduk di tepi jalan dan memerhatikan kereta yang lalu lalang dengan harapan akan ada yang perasan dengannya dan akan mengambilnya untuk dijadikan sebahagian daripada keluarga mereka.

Memandangkan ia tinggal di kawasan luar bandar jadi tidak banyak kereta yang lalu dan hal itu membuatkan harapannnya semakin tinggi kalau-kalau ada yang sudi mengambilnya.

Setiap kali ada kereta yang lalu ia akan menggoyangkan ekornya dengan gembira sehingga kereta itu hilang dari pandangannya.

Suatu hari, ketika Remy berdiri di tepi jalan seperti biasa ada sebuah kenderaan datang menghampirinya. Lelaki itu kemudian menuruankan tingkap kereta dan sejak itu dia mula tertarik dengan Remy.

Dia terus memarkir keretanya dan terus berinteraksi dengan Remy. Namun, sekali lagi Remy ditinggalkan kerana lelaki itu menyangka Remy sudah mempunyai pemilik memandangkan Remy kelihatan sangat ramah dan mesra.

Ketika lelaki itu pergi, dia memandang Remy melalui cermin pandang belakang dan terus memerhatikannya sehingga Remy sudah tidak lagi kelihatan. Keesokan harinya, ketika lelaki itu lalu di jalan itu dan sekali lagi dia melihat Remy berdiri di tepi jalan.

Kali ini dia tidak memberhentikan keretanya. Dia menyangka bahawa Remy mungkin tinggal berdekatan dan Remy hanya suka berdiri di tepi jalan.

Minggu berikutnya, ketika lelaki itu melintasi jalan itu dia dapat melihat Remy duduk di tepi jalan dan dia tidak bergerak walaupun pada hari hujan. Hari demi hari Remy mula kelihatan lemah dan keadaanya mula membimbangkan lelaki itu.

Suatu hari lelaki itu datang dan membuka pintu kereta, Remy terus berjalan ke arah kereta itu untuk melihat kalau-kalau dia kenal dengan pemandu tersebut. Lelaki itu terus membelai Remy dan anjing itu terus meletakkan kepalanya ke dalam pelukan lelaki itu seolah-olah ia sudah lama merindukan pelukan hangat itu. Kejadian itu  membuatkan lelaki itu memutuskan untuk membawa Remy pulang.

Untuk memastikan bahawa Remy benar-benar tidak mempunyai tuan, dia bertanya-tanya dan bertanya kepada penduduk tempatan dan dia mula tahu bahawa Remy memang bersendirian. Lelaki itu juga menyesal kerana tidak memelihara anjing itu lebih awal.

Dia memberi isyarat kepada Remy untuk masuk ke dalam kereta dan pergi. Sejak hari itu, Remy menjalani kehidupan yang selama ini diimpikan olehnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular