- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Saintis Amerika Syarikat “tidak menaruh harapan”, berpendapat bahawa vaksin COVID-19 “mungkin tidak akan ditemui”

Ketika seluruh dunia sedang berperang dengan Virus Parti Komunis China (COVID-19) yang semakin menular sehingga menjangkiti lebih 5 juta orang di seluruh dunia, seorang saintis terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), William Haseltine, yang terlibat dalam penyelidikan inovatif berkaitan kanser dan HIV/AIDS mengeluarkan kenyataan mengejutkan bahawa vaksin Virus PKC (COVID-19) “mungkin tidak akan ditemui” dan berpendapat bahawa beliau “tidak meletakkan harapan (untuk vaksin ditemui)”.

MLADEN ANTONOV/AFP via Getty Images

Bagaimanapun, Haseltine menyarankan agar mana-mana negara yang telah melonggarkan perintah kawalan berkurung untuk mengawal penularan melalui langkah pengesanan jangkitan dan langkah-langkah pengasingan yang ketat.

“Harapan kini terletak pada cara kita mengawalnya.

“Tanpa rawatan atau vaksin, virus itu masih dapat ditangani dengan cara mengenal pasti jangkitan, mencari dan mengasingkan individu yang telah dijangkiti.”

Menurut Haseltine, pendekatan yang dicadangkan ini terbukti berhasil di beberapa negara yang telah berjaya meminimumkan jumlah kes, walaupun secara amnya kes penularan Virus PKC (COVID-19) di seluruh dunia kekal meningkat.

Sehingga kini, banyak pihak yang telah berusaha untuk mencipta vaksin untuk Virus PKC (COVID-19), seperti Oxford University dan sebuah firma yang berpengkalan di Massachusetts, AS yang mendakwa bahawa ujian pertama vaksin yang dicipta telah menunjukkan petanda positif.

Bagaimanapun, vaksin berkenaan masih lagi gagal melindungi selaput lendir pada hidung, yang merupakan laluan utama bagi Virus PKC (COVID-19) memasuki tubuh manusia.

Oleh itu, Haseltine menasihatkan orang ramai untuk terus sentiasa memakai topeng penutup hidung dan mulut, kerap mencuci tangan, membersihkan permukaan dan mengamalkan penjarakan sosial agar penularan wabak ini dapat dikawal sebaik mungkin di seluruh dunia.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

loading...