Kadang-kala, dengan menggunakan idea yang ‘luar dari kotak’, kita boleh mendapat hasil yang tidak diduga. Salah satu contohnya adalah dengan menggunakan helah untuk membakar roti di dalam ketuhar. 

Kebiasaannya, kita akan meletakkan roti di dalam ketuhar secara melintang atau membaringkan roti berkenaan di atas dulang besi yang dibekalkan sekali dengan ketuhar. Masalahnya di sini adalah dengan menggunakan cara ini, kita hanya dapat memuatkan beberapa keping roti sahaja dalam satu-satu masa.

Tambahan pula, kita secara ‘manual’ perlu sentiasa memerhatikan keadaan roti yang sedang dibakar untuk mengelakkan roti menjadi hangit!

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat satu helah yang lucu, tetapi bernas yang boleh digunakan untuk anda membakar roti di dalam ketuhar? Caranya mudah!

Dengan hanya menyusun roti dalam keadaan menegak di antara lubang jejaring penyejuk, sambil mengalas permukaan bawah roti dengan dulang besi ketuhar, kini anda secara tidak langsung telah mengaplikasikan kaedah pembakaran roti yang digunakan oleh mesin pembakar roti!

Memang luar biasa dan tidak pernah difikirkan!

Helah yang bernas ini telah dikongsikan oleh @pinkfonggeneralagent di laman Facebooknya dan sehingga entri ini dihasilkan, kirimannya ini telah meraih lebih dari 4,000 perkongsian, lebih dari 1,700 reaksi dan 805 komen dari pengguna Facebook yang benar-benar terhibur dan kagum dengan ideanya ini.

@pinkfonggeneralagent/Facebook

Nampaknya selepas ini kita tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk membakar beberapa keping roti dalam satu ketuhar yang sama. Idea yang memang bernas!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular