Suatu masa lalu, seorang gadis bernama Jayne Guiney telah terserempak dengan seekor anak anjing yang cedera di laman belakang rumah.

Ketika ditemui, anak anjing yang comel itu kelihatan terlalu takut dan menyembunyikan diri sambil mengeluarkan bunyi tangisan. Namun, Jayne tidak begitu pasti sama ada tangisan yang didengari itu adalah tangisan anjing mahupun musang.

Jayne kemudian mengambil keputusan untuk memelihara anak anjing ini yang kemudiannya dinamakan Wandi bersempena dengan lokasi penemuannya di Wandiligong, Australia.

Didapati, terdapat beberapa luka di bahagian belakang anak anjing tersebut dipercayai dicengkam oleh helang yang cuba menyambarnya.

Instagram

Keesokan harinya, Wandi telah dibawa ke Hospital Haiwan Alpine untuk menjalani ujian DNA. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis baka Wandi.

Hasil keputusan belum dikeluarkan dan menyebabkan Wandi terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan Australian Dingo Foundation. Ketika ini, Wandi dipercayai merupakan seekor dingo iaitu spesies anjing liar Australia.

Disebabkan itulah Wandi dibawa ke pusat perlindungan berkenaan yang terletak di Macedon Ranges, Victoria dan merupakan pusat pembiakan semula jadi khusus bagi anjing spesies dingo.

Instagram

Selepas tempoh dua minggu, keputusan DNA mencatatkan bahawa Wandi merupakan spesies asli dingo yang merupakan salah satu spesies anjing liar terancam di Australia!

Sejak itu, Wandi menjadi pelengkap yang penting kepada program pembiakan dan pemuliharaan bagi pusat perlindungan berkenaan. Wandi dilayan dengan baik dan berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan di dalam pusat perlindungan tersebut.

William West/Getty Images

“Wandi berkawan dengan seekor lagi anjing dingo yang sebaya dengannya kerana dilahirkan pada waktu yang sesuai untuk dingo iaitu pada musim sejuk. Wandi juga mulai menjinakkan dirinya. Meskipun Wandi adalah seekor anjing liar, Wandi kelihatan sangat gembira tinggal di sini dan menyayangi pekerja yang menjaganya,” kata Lyn Watson, pengarah Australian Dingo Foundation.

Tambah Lyn lagi, “Kami sangat gembira menerima kehadiran Wandi. Bukan sekadar untuk melihat perkembangannya tetapi juga bagaimana Wandi berinteraksi dengan anjing dingo lain yang dibiakkan di sini”.

Instagram

Wandi yang dahulunya pernah ketakutan kerana hidup keseorangan kini menjadi anjing yang bahagia dan lincah. Semoga Wandi dapat melahirkan lebih banyak generasi dingo dan mengekalkan keterusan spesiesnya di bumi Australia.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular