Terdapat pelbagai kemungkinan dan perkara yang boleh berlaku ketika kita memandu. Salah satunya adalah kebarangkalian kita untuk berhadapan dengan binatang liar seperti biawak, ular, khinzir dan pelbagai lagi melintasi jalan yang kita gunakan.

Oleh sebab itulah kita perlu sentiasa memandu dengan berhati-hati selain memberikan sepenuh tumpuan dan fokus terhadap jalan raya. Seorang pemandu yang juga merupakan pengguna akaun Facebook, Sr. Erizo ada berkongsi pengalamannya.

Sr. Erizo/Facebook

Menurut rakaman yang turut disertakan Erizo, kita dapat lihat situasi di mana terdapat seekor landak yang sudah pun melintasi jalan raya. Namun landak tersebut dilihat berhenti di tengah-tengah jalan.

Kita juga dapat lihat terdapat seekor burung yang setia berada di sisi landak berkenaan. Sebaik sahaja si landak berhenti di tengah-tengah jalan, pasti burung itu segera ‘mematuknya’ agar landak itu meneruskan niatnya untuk melintas.

“Degil la kamu ni..”

Sr. Erizo/Facebook

Jalan sedikit sahaja, sekali lagi landak tersebut berhenti. Bimbang rakannya akan dilanggar kenderaan yang melalui jalan tersebut, burung yang baik hati dan pintar itu kemudian dengan pantas menolak dan mematuk tubuh landak tersebut.

Setibanya di tepi jalan maka sekali lagi landak itu memberhentikan dirinya. Sudah puas burung tersebut menyuruhnya untuk terus bergerak ke hadapan namun kali ini landak itu berhenti di situ sahaja.

Jalan lagi, jangan stop!

Sr. Erizo/Facebook

Mungkin landak itu merasakan bahawa ia sudah cukup selamat untuknya. Gelagat kedua-dua haiwan tersebut ternyata menarik perhatian pengguna Facebook. Mana tidaknya, jarang sekali untuk kita berpeluang melihat haiwan yang membantu rakannya untuk melintas, bukan?

Setakat ini, video pendek berdurasi 28 saat tersebut telah menerima lebih 150,000 reaksi. Jom kita saksikan video burung yang bijak menolong rakannya melintas jalan berkenaan :

ViralHog/YouTube

Melihat keadaan seperti ini, maka adalah lebih baik untuk kita sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan jika keadaan selamat, beri peluang kepada haiwan untuk melintasi ya! Apa yang penting, jangan pandu kenderaan anda dengan laju.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular