Penularan COVID-19 ternyata membuatkan ramai di antara kita yang jika sebelum ini tidak berapa kisah akan pengambilan suplemen dan vitamin tambahan, mula mengambilnya. Namun adalah lebih baik untuk kita makan sumber vitamin itu secara semula jadi.

Ya, sumber khasiat dan vitamin terbaik adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana ia akan meningkatkan keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi tubuh daripada dijangkiti penyakit termasuklah COVID-19.

 

Gambar Hiasan/Twitter

Untuk pengetahuan anda, keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi tubuh akan berkurangan sebaik sahaja usia kita kian meningkat. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Berikut adalah jenis-jenis sayuran yang dapat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk ‘menggerakkan’ sistem pertahanan tubuh. Antaranya :

#1 Ulam raja

Gambar Hiasan/Facebook

Kajian membuktikan bahawa ulam raja atau nama saintifiknya cosmos caudatus mengandungi 39 mg vitamin C, 1g serat, selain protein, karbohidrat, kalsium dan vitamin A.

Selain itu, ia juga mampu melancarkan peredaran darah, detoksifikasi, menguatkan tulang dan menyingkirkan toksik dalam tubuh.

#2 Bayam

Gambar Hiasan/Twitter

Bayam kaya dengan vitamin A, C dan K, magnesium, zat besi dan mangan serta ia mengandungi 46 mg vitamin C dan 0.4 g serat.

Pengambilan sayuran ini dapat memberi manfaat kepada kesihatan mata, mengurangkan tekanan oksidatif dan mengurangkan tahap tekanan darah.

#3 Kailan

Gambar Hiasan/Pinterest

Sayuran ini mengandungi 64 mg vitamin C dan 0.4 g serat. Selain itu, ia juga merupakan sumber protein yang baik.

Nutrien utama lain dalam sayur ini termasuklah vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin E, kolin, betaine, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan selenium.

#4 Sawi

Gambar Hiasan/Pinterest

Sawi mengandungi 54 mg vitamin C dan 0.5 g serat serta kaya dengan vitamin K yang mampu menjaga tulang daripada proses osteoporosis, menangani kanser dan melawan penyakit jantung dan strok.

Sawi turut mempunyai kandungan vitamin C dalam pembentukan kolagen interselular. Vitamin ini sangat penting dalam penyembuhan luka serta turut dapat meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan jangkitan.

#5 Pucuk ubi

Gambar Hiasan/Carousell

Sayuran ini mempunyai sebanyak 115 mg vitamin C dan 1.2 g serat yang baik untuk tubuh.

Kandungan klorofil di dalamnya juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser, di samping mampu menggantikan sel-sel otak yang rosak dan menguatkan tulang serta meningkatkan daya ingatan.

Harus diingatkan bahawa keperluan vitamin C untuk seseorang adalah sebanyak 75 mg vitamin C untuk sehari manakala keperluan serat pula adalah sebanyak 2-3 g sehari. Oleh itu, jika mahu kekalkan kesihatan fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular