Kita selalu mendengar bahawa untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik, gambar tersebut perlulah diambil di kawasan yang cantik, modelnya juga segak menawan, kamera yang mahal selain tidak kekok untuk menggayakan pelbagai pose di hadapan kamera.

Menyebut tentang pose, pengambilan gambar dari pelbagai sudut juga boleh mengubah realiti sebenar yang dilihat di luar lensa kamera.

Sebagai contoh, jika gambar diambil dari sudut bawah, individu di dalam gambar tersebut akan kelihatan lebih tinggi dan kurus manakala gambar swafoto yang diambil dari sudut atas pula membolehkan bentuk wajah individu kelihatan lebih runcing.

Ditambah pula dengan kesan sampingan filter yang cantik-cantik belaka membuatkan kita mudah tertipu dengan gambar yang dipamerkan di media sosial.

Baru-baru ini, dua jurugambar telah berkongsi hasil gambar mereka yang mendedahkan bagaimana perspektif berbeza mampu membuatkan manusia kelihatan berada dalam posisi yang rapat sedangkan pada hakikatnya, mereka sedang mengamalkan jarak sosial di kawasan awam.

Ólafur Steinar Gestsson dan Philip Davali telah bersama-sama menjalankan satu eksperimen untuk sebuah agensi gambar dikenali sebagai Ritzau Scanpix. Menerusi eksperimen ini, kedua-dua jurugambar yang berasal dari Copenhagen telah mengambil gambar sekumpulan individu di beberapa lokasi berbeza.

Dengan menggunakan dua jenis lensa kamera iaitu lensa telegambar (telephoto lens) dan lensa sudut luas (wide angle), hasil gambar yang ditangkap oleh Steinar dan juga Philip ini ternyata bakal mengejutkan anda semua tentang betapa mudahnya anda tertipu.

1 a) Gambar menggunakan lensa telegambar

Elitereaders

1 b) Realiti

Elitereaders

2 a) Gambar menggunakan lensa telegambar

Elitereaders

2 b) Realiti

Elitereaders

3 a) Gambar menggunakan lensa telegambar

Elitereaders

3 b) Realiti

Elitereaders

Pengurus editorial agensi Ritzau Scanpix, Kristian Djurhuus menjelaskan, “Masyarakat yang tidak mengamalkan jarak sosial menjadi satu perdebatan di Denmark sejak kebelakangan ini. Ahli politik dan pihak berkuasa telah menggunakan beberapa imej yang dipercayai untuk memberi amaran kepada orang ramai yang melanggar perintah kerajaan”.

“Sebagai penerbit fotografi, kami memikul tanggungjawab untuk memberikan penjelasan bahawa sesetengah imej tidak menggambarkan jarak dekat seperti mana yang dipercayai oleh orang ramai”.

Memang jika dilihat dari gambar, individu di dalam gambar ini kelihatan duduk terlalu rapat di antara satu sama lain dan mengingkari perintah kerajaan untuk mengamalkan jarak 1 meter. Namun hakikatnya, keadaan yang sebenar amatlah berbeza berbanding di dalam gambar.

Justeru, kita semua diingatkan supaya tidak terlalu mempercayai dengan apa yang kita nampak di media sosial dan sentiasalah mengamalkan jarak sosial setiap kali berada di tempat awam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular