KUALA TERENGGANU – Jumlah seramai 48 orang mangsa yang mengalami keracunan setelah menikmati hidangan puding buih ketika berbuka puasa pada 24 Mei lalu kini dilaporkan meningkat kepada 74 orang.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, kes keracunan tersebut melibatkan sebanyak 16 buah keluarga, di mana 62 orang daripadanya menetap di Kuala Terengganu manakala 12 lagi dari Marang.

“Saya makan puding buih ini ketika berbuka puasa di rumah emak di Kampung Beladau Kepong. Puding buih ini adik saya yang beli. Selepas makan puding buih, kami sekeluarga mengalami cirit-birit dan muntah”, kata seorang mangsa, Siti Hasnah Mustafa.

Astro Awani

Seramai 33 pesakit kini telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sementara 8 pesakit dirawat di hospital swasta dan baki seramai 22 pesakit pula hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Daripada siasatan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Daerah, kita dapati, kemungkinan besar ataupun punca yang kita syaki, adalah daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut”, kata Nor Azimi.

“Bagaimanapun, pengesahan masih belum kita perolehi daripada makmal yang menjalankan ujian terhadap sampel yang kita ambil, sama ada daripada persekitaran tempat premis memasak puding tersebut mahupun sampel yang kita ambil daripada pesakit yang dirawat”, jelasnya.

Terdahulu, seramai 48 individu dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu. Nor Azimi berkata bahawa pihaknya telah melakukan pemeriksaan di premis peniaga tersebut.

Facebook

Selain daripada itu, mereka juga turut menutup dapur premis jualan puding buih berkenaan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula 25 Mei hinggalah 7 Jun hadapan, iaitu selama 14 hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular