Antara masalah yang sering dialami oleh para ibu ialah ketika waktu untuk memberikan makan kepada anak kecil mereka.

Semua sedia maklum anak kecil memang sukar untuk dipujuk makan dan terkadang perlu dipaksa dahulu supaya mereka mahu makan. Itupun biasanya mereka menunjukkan pelbagai ragam dan kerenah yang sukar dikawal.

mamibuy

Sebenarnya terdapat kaedah yang boleh dilakukan oleh para ibu supaya anak kecil mereka lebih gemar untuk makan. Namun, masih terdapat ramai antara ibu yang menggunakan teknik dan cara yang salah menyebabkan si kecil mereka sering mengelak dan membuat perangai ketika waktu makan.

Mungkin bagi kita cara yang dilakukan adalah betul, tetapi sebenarnya mungkin tidak. Berikut adalah lima cara salah yang sering dilakukan oleh ibu ketika menyuruh anak-anak mereka makan.

Selepas ini mungkin para ibu boleh mengubah cara supaya anak-anak kecil mereka lebih gemar dan riang ketika tiba waktu makan.

Cara 1: Peraturan makan yang terlalu serius sehingga memberi tekanan kepada anak kecil.

Ada antara ibu bapa yang tidak membiarkan anak kecil mereka menikmati keseronokan ketika makan. Ada yang terlalu tegas dan teliti sehingga tidak membenarkan anak mereka membuat kotor walaupun sedikit.

Terdapat juga yang suka memaksa si kecil makan dengan menggunakan sudu, makanan pula jangan tumpah atau berterabur dan makanan perlu dihabiskan dengan kadar segera.

mamibuy

Namun, tidak semua anak kecil boleh mengikuti semua itu. Ada yang tidak boleh memegang sudu dengan elok. Ada juga antara mereka yang sukar memegang makanan sehingga terjatuh atau tumpah ke baju mereka. Mereka juga sukar disuruh fokus untuk makan kerana mereka lebih suka untuk bermain.

Jadi, ibu-ibu harus kreatif untuk melakukan apa sahaja yang boleh manarik minat si kecil mereka terhadap makanan supaya masa makan adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh si kecil dan menjadikan waktu makan adalah waktu yang menyeronokkan.

Cara 2: Ibu-ibu kadangkala terlalu takut anak-anak kelaparan dan meminta mereka makan sepanjang hari!

Ada antara ibu yang memaksa anak mereka makan walaupun si kecil telah kekenyangan. Ada yang memaksa mereka menghabiskan nasi yang diberikan sedangkan mereka memang tidak mampu menelan makanan lagi.

Ibu bapa kadang-kadang merasakan anak-anak mereka akan lebih sihat jika makan dengan banyak. Apa yang perlu dipastikan hanyalah anak-anak mendapatkan makanan yang berkhasiat. Jangan beri mereka makanan ringan dengan kerap walaupun hanya itu makanan yang mereka mahukan.

Elakkan memberi makanan ringan kerana mungkin kerana itu mereka mungkin akan terlebih kenyang untuk menikmati makan malam dan ketika itu pula anda memaksa mereka makan sehingga habis.

Cara 3: Asyik terus memerhatikan mereka tetapi tidak mahu makan sekali bersama mereka. 

Ramai ibu hanya memerhatikan anak kecil mereka makan dengan sendiri. Ada juga yang hanya memerhatikan si kecil dengan pandangan yang menakutkan dengan tujuan supaya mereka makan sehingga habis. Ibu-bapa hanya duduk memerhatikan si anak makan tanpa mahu makan bersama atau menyertai mereka sekali.

mamibuy

Anak kecil biasanya akan teruja untuk makan jika duduk bersama orang dewasa dan makan bersama mereka.

Mereka bahkan melihat makanan seolah-olah sesuatu yang menyelerakan dan hal itulah yang membuatkan mereka mereka lebih bersemangat untuk menikmati makanan mereka. Jadi, selepas itu jangan hanya memerhati anak anda makan tetapi makanlah bersama mereka sekali.

Cara 4: Memaksa anak-anak untuk makan dengan cara yang kasar

Sayur-sayuran memang penting buat tubuh terutama buat anak kecil yang sedang membesar. Namun begitu, itu semua bukan alasan untuk memaksa anak kecil makan sesuatu yang mereka tidak biasa.

Jadi, kenalkan mereka dengan sayur-sayuran terlebih dahulu. Terangkan kepada mereka tentang kebaikan sayur-sayuran.

Caranya anda boleh memperkenalkan sayur-sayuran melalui buku, internet mahupun TV. Dengan cara itu mereka akan mula mendapat idea mengenai kebaikan sayur-sayuran kepada mereka.

Ajar mereka dengan bijak dan jangan terus memaksa mereka makan sesuatu yang mereka tidak tahu seperti mengajar menggunakan kartun Popeye yang dimana Popeye akan makan sayur bayam untuk menjadi kuat.

Cara 5: Tetap memperkenalkan mereka dengan makanan baru walaupun mereka sering memilih makanan.

mamibuy

Sebenarnya lebih baik untuk memperkenalkan makanan baru kepada anak kecil sebelum umur mereka dua tahun. Perlahan-lahan beri mereka makan sayur, daging dan makan berkhasiat lain kerana jika terlambat akan menyukarkan anak kecil untuk menerima makanan baru untuk dimakan.

Pada mulanya memang sukar untuk mereka menerima tetapi tetap mengajar mereka supaya lama-kelamaan mereka boleh menerima makanan yang lebih berkhasiat.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular