SERDANG – Polis mengesahkan satu upacara perkahwinan telah diadakan di sebuah kuil di Seri Kembangan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 24 Mei, walaupun sebelum ini menafikan dakwaan majlis tersebut sememangnya berlangsung.

Pihak berkuasa kini sedang membuka kertas siasatan dan mengesan semua individu yang menghadiri upacara perkahwinan tersebut.

Sepasukan polis dari Balai Polis Seri Kembangan diarahkan ke lokasi kuil berkenaan setelah menerima laporan dari seorang lelaki berusia 41 tahun yang juga memuat naik video upacara perkahwinan itu dalam talian.

YouTube/Paparan Skrin

Lelaki berkenaan membuat laporan polis pada 12.04 pagi 25 Mei setelah diberitahu pada lewat malam bahawa gambarnya telah tersebar di beberapa kumpulan WhatsApp.

Gambar-gambar tersebut telah tular selepas dia memuat naik video bertajuk ‘Majlis Perkahwinan dilangsungkan di Kuil Ibadat Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, Selangor’ di media sosial.

“Video itu diambil oleh lelaki berkenaan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Pengadu membuat laporan polis selepas bimbangkan keselamatannya,” kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan dalam satu kenyataan.

Asisten Komisioner Ismadi mengesahkan setelah menerima laporan itu, dan sepasukan dari balai polis Seri Kembangan diarah ke kuil tersebut pada jam 7.45 pagi 25 Mei.

“Pada mulanya, pihak pengurusan menafikan bahawa majlis seperti itu berlaku di kuil berkenaan tetapi mereka kemudian mengakui bahawa upacara perkahwinan diadakan dari jam 8 pagi hingga 10 pagi pada 24 Mei dengan kehadiran kira-kira 20 hingga 30 orang tetamu,” katanya.

Polis sedang mengesan kesemua suspek menurut siasatan di bawah Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

YouTube/Paparan Skrin

Asisten Komisioner Ismadi menggesa semua pihak untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa PKPB demi memutuskan rantaian jangkitan Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Pihak polis sebelum ini menafikan dakwaan dengan berkata tiada aktiviti upacara perkahwinan berlangsung di sebuah kuil di Seri Kembangan selepas penjaga kuil berkenaan menafikan majlis itu berlaku walaupun 1 klip video berdurasi 1 minit telah menjadi tular di media sosial.

Klip video berkenaan menunjukkan beberapa individu berhimpun di sebuah kuil di Seri Kembangan bagi menghadiri majlis perkahwinan dan melanggar PKPB.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular