Seorang wanita Filipina dari Makati City telah memanfaatkan sepenuhnya masa semasa perintah berada di rumah ketika penularan pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-9) dengan menamatkan 20 kursus secara dalam talian daripada universiti terkemuka dunia.

Paula Mendoza yang berusia 28 tahun tersebut dilaporkan telah mengambil masa hampir sebulan untuk menyelesaikan semua kursus dalam talian yang diikutinya, di mana dia telah menetapkan sasaran untuk satu kursus setiap hari.

Gambar Hiasan | Pexel  – bongkarn thanyakij

“Saya akan belajar daripada tengah hari hingga awal pagi kerana rasa sukar untuk tidur. Saya betul-betul mahu habiskan segera kalau boleh. Kursus paling lama pernah saya ikuti memakan masa 2 hari untuk saya habiskan. Kebanyakannya sehari sahaja”, katanya.

Mendoza yang merupakan pengurus platform membeli belah dalam talian mengatakan bahawa dia hanya mahu menjadi lebih produktif dengan mempelajari kemahiran baru yang dapat dia gunakan untuk bekerja setelah tempoh kuarantin berakhir.

Gambar Hiasan | Pexel  – bongkarn thanyakij

Dia mendaftarkan dirinya dalam kursus kepemimpinan, penjualan dan pemasaran yang ditawarkan oleh Wharton School of University of Pennsylvania, University of California dan 12 buah lagi universiti yang lain.

“Kursus yang paling menakjubkan yang saya ikuti adalah ‘Mencapai Kejayaan Peribadi dan Profesional’ dari Wharton School. Ia merupakan kursus kegemaran saya! Kursus ini dirancang untuk membantu anda menentukan maksud kejayaan serta cara anda merancang untuk mencapainya”, jelas Paula.

Dia mengikuti kursus daripada platform pembelajaran dalam talian coursera.org di mana laman web ini mempunyai lebih daripada 1,000 subjek. Terdapat banyak subjek yang percuma yang terdiri daripada pelbagai kategori.

Sebilangan besar kursus mempunyai kuiz, peperiksaan akhir, kajian kes, tugasan bersama rakan dan juga rakaman video ceramah oleh profesor yang mengajar. “Ia agak mengujakan! Anda dapat rasa anda berada di kelas sebenar”, kata Paula.

Menurut Paula, pelajar hanya perlu lulus untuk setiap peperiksaan dan mengikuti semua syarat yang telah ditetapkan untuk menamatkan kursus yang ditawarkan dengan jayanya seterusnya memperoleh sijil.

Gambar Hiasan | Pexel – Ekrulila

Dalam pada itu, Paula juga mencadangkan agar bakal pelajar yang berminat untuk memeriksa terlebih dahulu silibus kursus sebelum mendaftar bagi mengetahui apa jangkaan yang boleh diterima daripada kursus yang ditawarkan.

Dia juga menasihati semua orang untuk tidak berhenti belajar walaupun menghadapi tekanan dan kegusaran terutamanya ketika pandemik Virus PKC (COVID-19) ini melanda dunia. Syabar Paula, semoga kita semua terinspirasi daripada semangat Paula ini ya!

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular