Sudah menjadi kelaziman bahawa kucing sememangnya merupakan pembenci air yang ketara. Mereka biasanya tidak suka apabila tibanya waktu mandi. Walaupun air sahaja namun ia cukup menyiksakan buat mereka.

Untuk pengetahuan anda, kucing tidak perlu dimandikan mandi secara kerap kerana mereka gemar membersihkan diri dengan menjilat bulu mereka. Oleh itu, mereka tidak suka mandi kerana situasi itu agak memberi tekanan.

Tetapi lain pula halnya dengan seekor kucing putih ini yang langsung tidak kisah apabila dimandikan. Namanya Simba. Berbeza dengan kebanyakan kucing yang lazimnya ‘meragam’, Simba nampaknya lebih santai dan menikmatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Twiniboo (@twiniboo) on

@twiniboo/Instagram

Letakkan sahaja Simba ke dalam tab mandi, ianya tidak menjadi masalah buat Simba. Elok sahaja Simba mendiamkan diri, mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh tuannya. Simba sememangnya kucing yang baik, bukan?

Bukan itu sahaja, Simba juga tidak ‘melatah’ apabila bulunya dikeringkan menggunakan alat pengering rambut walaupun sangat dikenali dengan sifatnya yang takut terhadap bunyi-bunyi yang kuat seperti alat itu.

Tak kuasa la nak melawan…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Twiniboo (@twiniboo) on

@twiniboo/Instagram

Gosok-gosok muka

@twiniboo/Instagram

Rajin mandi dapatlah hadiah?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Twiniboo (@twiniboo) on

@twiniboo/Instagram

Pasti ramai pemilik kucing di luar sana yang sangat mencemburui tuan Simba kerana memiliki kucing yang tidak melawan ketika mandi, bukan? Simba memang baik budaknya. Agak-agak bilalah kucing kita semua akan jadi seperti Simba agaknya? 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular