Seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bilangan kes jenayah dan kemalangan jalan raya juga berkurangan.

Namun begitu, masih ada kes-kes yang tidak diingini berlaku. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang telah merempuh orang ramai yang berada di tapak bazar Ramadan Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, 22 Mei itu telah mengakibatkan beberapa orang awam di situ mengalami kecederaan. Menurut  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata pihaknya sudah pun menahan pemandu terbabit.

Pemandu berumur 30-an itu dikatakan telah memandu dalam keadaan mabuk dan melulu. Dia kini telah ditahan pihak polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Sebelumnya, beberapa rakaman video mengenai kejadian tersebut telah tular di media sosial yang menunjukkan beberapa anggota RELA dan orang awam cuba memberhentikan kereta dengan membaling beberapa objek ke arah kereta tersebut. Namun begitu, kenderaan itu dilihat masih terus merempuh beberapa buah gerai makanan di tapak bazar tersebut.

Antara mereka yang cedera adalah empat lelaki dan seorang wanita, berusia antara 40 hingga 50 tahun. Sementara itu, dua buah kereta, dua buah motosikal serta dua kanopi yang ada di situ juga mengalami kerosakan.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin mengatakan bahawa mereka sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (11) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Permohonan untuk menahan suspek telah diajukan, dan polis mendesak setiap saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu penyiasatan. Lelaki itu kini telah direman selama tujuh hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular