Sepanjang tempoh kuarantin di Jepun, ramai yang mula melakukan kerja dari rumah sahaja dan dengan itu ramai jugalah yang mempunyai lebih masa bersama haiwan peliharaan mereka. Ada yang mengatakan haiwan-haiwan mereka nampaknya sangat baik dan sopan jika ada pemilik mereka di rumah namun ada juga yang berperangai pelik.

Apa yang berlaku ialah ada antara haiwan-haiwan mereka yang suka tidur di atas rumput. Mereka bahkan begitu selesa ‘melepak’ di sana seolah-olah berada di atas tilam yang empuk.

.

Twitter | @ryo_humoe

Seorang netizen Jepun telah memuat naik gambar kucingnya yang sedang bersenang-lenang tidur di atas rumput dengan selesanya.

Kucing ini bahkan tidak mempedulikan pemiliknya malah meneruskan tidurnya seolah-olah tidak mahu diganggu. Bukan itu sahaja, kucing ini juga beredar dari situ walaupun pemiliknya sedang sibuk melakukan penyiraman. Nampaknya dia lebih menilmati momen-momen tersebut.

Status di Twitter itu telah menarik minat pengguna yang lain. Ramai yang memberi respons kepada status ini dan rata-rata merasakan itu adalah sesuatu yang melucukan.

Tambahan lagi, ada juga netizen yang turut berkongsikan gambar telatah haiwan peliharaan mereka yang turut sama menikmati saat-saat di atas rumput.

Nampaknya mereka semua sama sahaja. Semuanya suka betul dengan rumput walaupun rumput halus dan pendek biasanya agak tajam.

Sekali pandang gayanya seperti model pula…

Amboi, siap boleh bergolek-golek lagi tu!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular