Walaupun kerajaan masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membataskan sedikit pergerakan kita namun semua itu tidak bermakna kita tidak boleh meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah.

Mungkin sambutan tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini namun hari kemenangan itu tetap diraikan dengan sebaik mungkin.

Manz Riezman/Facebook

Manz Riezman/Facebook

Ada yang tetap membeli baju raya baru, ada pula yang sibuk menyediakan biskut raya dan ada juga yang teruja menghias rumah. Tidak ketinggalan juga seorang pengguna Facebook ini yang nampaknya sangat bersemangat menyambut lebaran tahun ini.

Manz Riezman/Facebook

Manz Riezman/Facebook

Manz Riezman/Facebook

Pemuda bernama Manz Riezman ini nampaknya gigih menghias sehingga hampir keseluruhan ruangan dalam rumahnya berwarna hijau. Itulah perkara yang paling unik sekali kerana sekali lihat seperti hutan pula!

Manz Riezman/Facebook

Manz Riezman/Facebook

Selain itu, serba hijau bukan sahaja memenuhi ruang tamu rumah ini tetapi dapur rumahnya juga dihiasi dengan warna hijau sepenuhnya. Buat yang memang suka dengan warna hijau maka ini seolah-olah syurga buat mereka.

Keunikan itu turut menarik perhatian netizen di Facebook. Ramai yang memuji keunikan kediaman tersebut.

Manz Riezman/Facebook

Manz Riezman/Facebook

Nampaknya lelaki ini punya citarasa tersendiri yang sememangnya lain daripada yang lain. Tidak kiralah bagaimana dia menghias rumah kerana apa yang penting ianya cukup cantik dan keluarga suka dengan dekorasi tersebut!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular