Bayangkan ditinggalkan sendirian tanpa ada yang peduli selama bertahun-tahun lamanya, pasti itu akan menjadi perkara yang amat menyedihkan.

Tiada siapa yang mahu melalui hal seperti itu namun itulah yang harus dihadapi oleh seekor ikan lumba-lumba bernama ‘Honey’ yang ditinggalkan di Taman Marin Inubōsaki di wilayah Chiba, Jepun selama dua tahun.

Peekme

Apa yang paling menyedihkan saat Honey bersendirian tanpa ada yang peduli, lumba-lumba itu akhirnya meninggalkan dunia.

‘Ikan lumba-lumba paling sunyi di dunia’ itu pada awalnya hidup gembira dan bebas di laut, namun nasib tidak menyebelahinya apabila ia ditangkap dan dijual kepada pihak akuarium taman marin itu. Lumba-lumba itu dilatih dan dijadikan ‘alat’ untuk pertunjukkan air.

Lebih malang lagi apabila pada tahun 2018 akuarium tersebut dikatakan telah muflis. Akibatnya lumba-lumba tersebut ditinggalkan bersendirian selama dua tahun lamanya sebelum dia akhirnya mati pada Mac lalu di dalam kolam renangnya.

Peekme

Pada tahun 2005, lumba-luma ini ditangkap di Bandar Taiji, Wakayama dan dijual ke Taman Marin Inubōsaki dan sejak itu ia telah membuat persembahan di taman marin tersebut. Namun, oleh kerana mempunyai masalah dalam pengurusan taman marin, tempat tersebut akhirnya terpaksa ditutup pada Januari 2018.

Peekme

Bersama dengan 46 ekor penguin dan ratusan ikan dan reptilia, lumba-lumba ini ditinggalkan di akuarium setelah tempat itu ditutup kerana penurunan pengunjung berikutan gempa bumi pada tahun 2011 dan krisis nuklear Fukushima.

Peekme

Haiwan-haiwan yang ditinggalkan memang diberi makan secara berkala tetapi tiada yang menjaga dan menguruskan mereka. Jadi, mereka dibiarkan untuk mengurus diri sendiri dengan menghabiskan masa selama dua tahun di dalam air kotor yang sama.

Lumba-lumba adalah haiwan sosial dan mempunyai keperluan sosial, tetapi Honey tidak berpeluang untuk berkomunikasi dengan spesiesnya dan ditinggalkan bersendirian. Honey terus terkurung sendiri, tidak bebas, tidak berjumpa dengan kawan-kawannya dan hidup seperti di dalam tahanan.

Peekme

Berita mengenai Honey pernah dilaporkan oleh wartawan tempatan, Ryo Sato yang membuat laporan media mengenai kehidupannya dan hal itu telah menarik perhatian beberapa badan perlindungan haiwan.

Antara pihak yang turut memperjuangkan nasib Honey ialah kumpulan perlindungan haiwan, PEACE yang telah melakukan rundingan dengan pihak taman itu beberapa kali supaya Honey dapat dilepaskan semula ke laut.

Kumpulan ‘Dolphin Project‘ juga dikatakan telah berusaha untuk menyelamatkan Honey dan haiwan lain tetapi tidak berjaya.

Pada tahun 2019, dilaporkan bahawa lumba-lumba dan akuarium kemudian dijual. Kumpulan tersebut telah menghubungi pemilik baru dan bercadang untuk membeli Honey, tetapi perbincangan mereka hanya berakhir pada bulan Mac dan ketika itu Honey sudah pun mati.

Projek Mamalia Laut Antarabangsa juga mendapat perhatian Persatuan Zoo dan Akuarium Dunia di Switzerland, dalam usaha menyelamatkan ikan lumba-lumba.

Malangnya, WAZA memberitahu bahawa Akuarium Taman Marin Inubosaki bukan salah satu daripada anggota mereka dan juga bukan anggota Persatuan Zoo dan Akuarium Jepun. Memandangkan pemilik taman itu tidak dapat dihubungi jadi tiada apa yang boleh dilakukan.

Sangat mengecewakan kerana tidak ada yang dilakukan untuk menyelamatkan haiwan itu lagi dan sekarang, ‘ikan lumba-lumba paling sunyi di dunia’ hanya menjadi kenangan yang menyedihkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular