Seni mempertahankan diri merupakan satu sistem kodifikasi dan pertempuran yang diamalkan untuk mempertahankan diri, persaingan, perkembangan fizikal, mental dan rohani. Ia ternyata memberikan pelbagai manfaat terhadap pengamalnya.

Pelbagai peringkat umur boleh mempelajari dan mengamalkan seni mempertahankan diri, bahkan buat anak kecil pun. Ini kerana latihan fizikal dan seni bela diri ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan umum anak anda.

Ianya juga berupaya meningkatkan tahap kesihatan emosi – meningkatkan keyakinan diri serta menghilangkan tahap ketegangan, tekanan, kegelisahan dan kemurungan. Seperti seorang kanak-kanak perempuan yang comel ini.

Yahoo Hong Kong 雅虎香港/Facebook

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan di Facebook, kita dapat saksikan kanak-kanak tersebut sedang melakukan latihan seni mempertahankan diri bersama seorang lelaki dewasa yang dipercayai merupakan jurulatihnya.

Walaupun kedua-dua memiliki perbezaan saiz tubuh yang ketara, ia langsung tidak membuatkan kanak-kanak itu rasa kekurangan. Dia kelihatan sangat bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang mantap!

Yahoo Hong Kong 雅虎香港/Facebook

Beberapa kali juga anak kecil itu berjaya ‘menumbangkan’ jurulatihnya. Ya, ianya jelas dapat dilakukan dengan bantuan dan kemahiran lakonan yang dilakukan oleh lelaki dewasa terbabit. Gaya seolah-olah dirinya berjaya diangkat anak kecil itu.

Di akhir video itu juga kita dapat melihat kaki kanak-kanak perempuan itu mengepit dengan kemas lengan jurulatihnya. Sedikit sahaja masa lagi, sudah pasti budak perempuan tersebut semakin mahir dengan seni bela dirinya.

Yahoo Hong Kong 雅虎香港/Facebook

Apa-apa pun, aksinya ‘bertempur’ dengan lelaki dewasa tersebut sangat mencuri perhatian warganet kerana amat comel dan menghiburkan, bukan?Jelas sekali bahawa amalan seni bela dirinya membantu keupayaan anak kecil ini untuk kekal fokus.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular