Ramai yang bersetuju jika dikatakan haiwan peliharaan adalah spesies yang setia terutamanya anjing. Banyak kisah-kisah sebelum ini yang diceritakan kepada kita tentang kesetiaan anjing kepada pemilik mereka walaupun pemilik mereka telah meninggal dunia.

Youtube | SBS TV

Kali ini sebuah lagi kisah mengenai kesetiaan anjing dikongsikan dan pastinya akan menyentuh hati kita.

Apa yang berlaku ialah apabila seekor anjing dikatakan setia menanti pemiliknya walaupun mereka sudah lama tidak berjumpa. Sebenarnya rumah mereka telah hangus terbakar dan mereka terpisah akibat runtuhan itu.

Youtube | SBS TV

Anjing bernama Ddol yang tinggal bersama keluarganya di sebuah daerah di Seoul, Korea. Pada mulanya mereka tinggal bertiga bersama dengan seorang lelaki dan ibunya namun ibu kepada lelaki itu meninggal dunia.

Kemalangan yang berlaku di rumahnya itu kemudian membuatkan lelaki tersebut terpisah dengan Ddol kerana dia mengalami kecederaan teruk akibat kebakaran tersebut. Dia dihantar terus ke hospital dan terpaksa meninggalkan anjing kesayangan.

Youtube | SBS TV

Bukan hanya pemiliknya tetapi Ddol juga mengalami kecederaan ekoran kebakaran tersebut. Terdapat luka kesan terbakar pada tubuh Ddol namun Ddol tetap setia dan terus menanti pemiliknya di bawah runtuhan rumah mereka yang telah hangus terbakar. Ddol bahkan tidak pernah meninggalkan rumah tersebut dengan harapan pemiliknya akan datang semula kepadanya.

Youtube | SBS TV

Setiap kali ada kereta melintas di dekat rumah, Ddol berlari ke arahnya dan berharap pemiliknya berada di salah sebuah kereta tersebut.

Berita mengenai anak anjing itu kemudian diketahui oleh rangkaian media Korea Selatan iaitu SBS yang ingin  mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian yang menyayat hati ini.

Youtube | SBS TV

Mereka mula menyiasat untuk mengetahui keberadaan pemilik Ddol yang sedang dirawat. Jadi, mereka sendiri telah datang ke hospital di mana lelaki itu sedang menerima rawatan.

Youtube | SBS TV

Pihak SBS kemudian memberitahu perihal keadaan Ddol kepada pemiliknya sehingga membuatkan lelaki itu tidak dapat menahan tangisannya apabila mengenangkan nasib anjing yang terpaksa ditinggalkannya.

Youtube | SBS TV

Pihak SBS kemudian mencari Ddol semula untuk dibawa berjumpa dengan doktor haiwan memandangkan Ddol juga mengalami luka akibat kebakaran. Untuk membantu Ddol menjalani rawatan, mereka membawa barang-barang yang mempunyai bau tuannya dengan harapan dapat membantu Ddol untuk sembuh dengan segera.

Youtube | SBS TV

Mereka berdua bertemu semula selepas kedua-duanya sembuh daripada kecederaan. Kisah anjing setia ini kemudian menjadi sangat terkenal di Korea sehingga mereka menerima sumbangan untuk membina semula rumah mereka yang lebih selesa.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular