PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes positif COVID-19 yang melibatkan seorang wanita mengandung yang pulang ke kampung halamannya di Kelantan dari Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa mangsa yang sedang hamil 35 minggu itu melakukan perjalanan rentas negeri kerana berkeras mahu bersalin di kampung halamannya.

Walau bagaimanapun, mangsa disahkan positif COVD-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan di sebuah klinik kesihatan di negeri berkenaan.

Dr. Noor Hisham/Facebook

“Tetapi apabila dilakukan ujian COVID-19, mangsa didapati positif dan sekarang ini telah diasingkan dan diberi rawatan”, katanya semasa sesi sidang media harian.

“Apa yang pasti adalah kita sedang menjalankan pengesanan kes yang tepat atau tindakan seterusnya untuk kontak rapat. Dan kita juga melihat sama ada jangkitan tersebut didapati di kawasan zon merah (Ampang)”.

Oleh yang demikian, KKM menurut beliau kini sedang menjalankan siasatan dan apabila keputusan telah diperolehi, maka pihak KKM akan memaklumkannya kepada semua.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular